Sunday, December 27, 2015

Krismas Brunei: Lucunya Berita Antarabangsa Sampai Ke M'sia..


BAGI wartawan meja luar negara mana-mana organisasi media di seluruh dunia, berita dari Brunei lazimnya amat jarang didengar, malah kebanyakan masa boleh dianggap sebagai cukup nadir seolah-olah seperti tidak wujud.

Lucunya, pada 24 Disember, agensi berita antarabangsa AFP menjadi sumber rujukan popular apabila melaporkan pemerintah negara minyak terkaya rantau Asia tenggara itu melarang sambutan perayaan Krismas oleh rakyatnya.
Bagaimanapun arahan dititahkan oleh Sultan Hassanal Bolkiah itu tidak tertakluk kepada minoriti kecil penganut agama Kristian di negara Islam tersebut yang bersempadan darat dan laut dengan negeri Sarawak, Malaysia.
Hakikatnya, ini bukan pun peraturan baharu bahkan ia sudah mula dikuatkuasakan sejak tahun lalu lagi selaras dengan pelaksanaan undang-undang ketat jenayah dan syariah Islamiah secara rasmi berperingkat-peringkat.
Umumnya, pewartaan itu bukan masalah besar pun kerana rakyat Brunei tidak ramai, apatah lagi bukan Muslim yang biasanya melibatkan masyarakat asing atau ekspatriat pegawai dagang luar negara bermastautin di Brunei.
Untuk rekod, undang-undang Brunei tidak pernah mengiktiraf orang bukan Melayu Islam di negara itu sebagai warganegara, waima yang sudah lama menetap di situ sebaliknya mereka hanya dianggap penduduk tetap sahaja.
Malangnya, laporan AFP itu sengaja diperbesar-besarkan ke seluruh dunia seolah-olah cuma Brunei yang tidak menyambut Krismas, malah mengharamkan umat Islam meraikannya kerana bimbang boleh menjejaskan akidah.
Bagi yang ‘mahir’ dengan agenda jahat tersirat gerakan Zionis antarabangsa, taktik ‘hentam’ Brunei sebetulnya baru mula tahun 2014 gara-gara pelaksanaan Hukum Hudud, Qisas dan Takzir dalam undang-undang jenayah.
Tidak hairanlah media Barat berjaya ‘meracuni’ seluruh dunia kononnya Brunei teruk yang amat sangat dan wajar dikutuk, hanya sebab ‘marah’ tindakan Sultan Brunei mahu mentadbir negara itu sebagai model negara Islam.
Ironinya, tidak ramai tahu banyak negara lain termasuk bukan Islam yang juga tidak menyambut Krismas, bahkan perayaan terbesar Kristian itu bukan diwartakan sebagai cuti kebangsaan dalam kalendar rasmi negara mereka.
Antara negara Islam tidak cuti Krismas ialah Arab Saudi, Algeria, Afghanistan, Azerbaijan, Bahrain, Iran, Kuwait, Libya, Maghribi, Oman, Qatar, Somalia, Tajikistan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, UAE, Uzbekistan dan Yaman.
Manakala Iraq, Jordan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Lubnan, Mesir, Sudan dan Syria mewartakan Krismas hanya cuti untuk penganut Kristian serta disambut pada 7 Januari yang turut dikenali sebagai Krismas Kuptik atau Ortodok.
Jangan terkejut, Israel yang terletak dekat sahaja Gereja Nativiti di Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S. atau Jesus menurut kepercayaan masyarakat Kristian Katholik pun tidak bercuti pada hari Krismas!
Bagi negara bukan Islam tiada cuti Krismas pula antaranya Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Mungkin dengar agak aneh atau janggal tetapi itulah realiti sebenarnya.
Ada negara Islam bercuti Krismas iaitu Albania, Bosnia, Kosovo, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia; sementara Pakistan pula cuti 25 Disember bukan sebab Krismas tetapi Hari Peringatan Pengasasnya, Muhammad Ali Jinnah.
I heard a news that christmas celebration was banned in Brunei. So I went to the biggest church in Brunei, about 15 minutes from my place, to see how the ban affects the minority christian in this tiny oil rich country.
For record, 67% of the population in Brunei is Islam. While 13% of the population is Buddhist and another 10% is Christian.The remaining 10% subscribe to various religions, including indigenous religions.
I began my journey to Church of Our Lady of the Assumpt...
Penganut Kristian berkumpul untuk berdoa semasa sambutan Krismas di St John's Cathedral, Kuala Lumpur.
Di Malaysia pun ada..
Tiga puluh kumpulan masyarakat sivil pelbagai agama Malaysia hari ini menggesa Putrajaya menyuarakan bantahan dan kebimbangan kepada kerajaan Brunei, kerana mengharamkan perayaan Hari Krismas secara terbuka.
Mereka berkata pengharaman yang dikenakan atas sambutan hari kebesaran Kristian itu, susulan pemerintah Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun lalu menguatkuasakan undang-undang Islam, melanggar Artikel 18 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
Larangan itu, menurut mereka, yang termasuk penganut Kristian dan orang Islam turut menjejaskan rakyat Malaysia di Brunei dan bertentangan dengan prinsip toleransi dan menghormati kebebasan beragama dalam Islam.
Kononnya, kenyataan itu disokong Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN), Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Majlis Gereja Malaysia (CCM), ENGAGE, Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima), Gerakan Reformasi Anak Muda Sarawak (Gerak), Institute for Development of Alternative Living (IDEAL), Komuniti Muslim Universal (KMU) dan Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). 
Turut menandatanganinya ialah LLG Cultural Development Centre (LLG), Malaysian Indians Transformation Action Team (Mitra), Malaysian Indians Progressive Association (Mipas), Malaysian Youth Care Association (Prihatin), Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET), Malaysia Youth & Students Democratic Movement (DEMA), National Indian Rights Action Team (NIAT),  Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH), Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI), Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (Permas). 
Turut menyokong Persatuan Promosi Hak Asasi Malaysia (Proham), Persatuan Rapat Malaysia (Rapat), Peoples Service Organisation (PSO), Projek Dialog, Rise of Sarawak Efforts (ROSE), Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Writer Alliance for Media Independence (WAMI). 

Video: Brunei Darussalam menerapkan hukum islam syariah


Kira-kira 70 hasil carian

    1. Brunei Darussalam menerapkan hukum islam syariah

      • 1 tahun yang lalu
      • 1,508 tontonan
      Pidato pembukaan sultan Hassanal Bolkiah Mulai Kamis 1 Mei 2014, Brunei Darussalam menerapkan hukum syariah yang ...


3 comments:

Gerobokbuku said...

Salam saya blogwalking melawatlah blog saya >> http://www.gerobokbuku.com/

Anonymous said...

Malaysia patut contohi Brunei sebagai negara Islam.Pemimpinnya mencari keredaan Allah bukan keredaan kafir Barat,Jewnimal atau Islam cari makan atas nama agama.Cuba tanya apa pendapat mufti makan gaji kerajaan kat mesia ni?

Unknown said...

Malaysia nama ja negara islam..tapi menyelam ja lebih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails