Saturday, January 02, 2016

Skandal 1MDB Adalah Satu Bentuk Rasuah. -Husam Musa.


Dalam parti apa yang nak buat kena ada tindakan bersama. Presiden PAS pergi majlis UMNO atas keputusan mesyuarat Harian PAS. Apakah Husam pergi itu atas keputusan parti PAS? Kita boleh berdalih dan membuat macam-macam alasan tapi orang dah tahu. Kita jika dah jadi ahli biasa, drp pemimpin kena belajar menerima keputusan. Takut nanti belit dan alasan kita akan menjerut kita nanti. - PC PWM

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yakin partinya tidak akan memecat beliau kerana menyertai majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi musuh parti Islam itu kerana beliau hanya mencontohi jejak langkah presiden. 

"Saya yakin parti saya parti yang baik. Parti saya tidak akan pecat saya sebab hadir untuk nasihat Amanah.

"Saya hanya mencontohi presiden yang pergi ke majlis bersama presiden Umno.
"Takkan saya tidak boleh datang ke majlis bekas rakan kita kalau presiden boleh ke majlis bersama pemimpin Umno," kata Husam pada majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau dipercayai merujuk kepada pertemuan antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada persidangan serantau bekas pelajar Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur awal bulan lalu.

Kata Husam, kalau presiden PAS boleh menasihatkan pemimpin Umno, apa salahnya beliau hadir ke majlis anjuran Amanah bagi menasihati rakannya yang dulunya anggota PAS.

Ini kerana, Hadi berkata beliau mahu berperanan sebagai penasihat kepada Umno ketika ditanya mengenai hubungannya dengan parti Melayu itu yang selama ini merupakan musuh ketat PAS.

Husam turut memaklumkan, beliau akan menyertai majlis DAP malam esok di Kluang, Johor atas alasan yang sama.

"Saya akan bersama majlis DAP untuk menasihati rakyat Malaysia agar bersatu menjatuhkan regim Barisan Nasional (BN)," kata Husam yang menjadi pemidato utama dalam majlis anjuran Amanah Kelantan itu malam tadi.

Husam juga melahirkan kebimbangannya ekoran hubungan baik antara pemimpin PAS dengan Umno.

"Saya bimbang parti saya lindungi Umno yang lakukan korupsi," kata ahli Dewan Undangan Negeri Salor itu.

Baginya, rasuah adalah salah satu dosa, sambil menambah penyelewengan yang didakwa berlaku dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bentuk rasuah.

"Mana pergi pinjaman berbilion yang dibuat daripada bank-bank dengan mencagarkan tanah diberikan kerajaan itu?" soal Husam.

Husam dalam ucapannya turut menyentuh mengenai bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan beliau tokoh reformasi Malaysia.

Katanya, tidak ada ulama di Malaysia mengajar pengikutnya dari sekecil-kecil perkara seperti mengelakkan pembaziran dan penyelewengan, apatah lagi isu besar seperti rasuah.

"Tidak ada ulama yang mengajar pengikutnya agar hanya menggunakan sebotol air sahaja untuk mengambil wuduk.
"Ketika para ustaz mengambil wuduk dengan menggunakan air yang sangat banyak, ia dianggap membazir oleh Tok Guru Nik Aziz," kata Husam.

Husam juga memberi contoh beliau pernah dimarahi Nik Aziz kerana tidak mematikan lampu bilik air hampir 30 tahun lalu, dan hingga kini menjadi tabiatnya tidak meninggalkan lampu bilik air terpasang apabila keluar tandas. (TKO)



Hadi Izin Husam Hadir Majlis Amanah
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendapat keizinan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadiri sesuatu majlis anjuran parti lain...

1 comment:

Anonymous said...

Wahai kawan-kawan hendaklah kamu menyokong DAP kerana sesunggahnya DAP akan mendaulatkan Islam dimuka bumi Malaysia ini .dan jangan bimbang jika kita mati DAP akan menunggu kita di pintu syurga hihihihi lawak tahun baru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails