Tuesday, January 26, 2016

PAN Goncang, Bila Ulama Sedunia Tidak Iktiraf? Ini Penjelasan Sebenar..

ulama panAIDCNews- 25/1/16 – Ulama Parti Amanah Negara (PAN) Syaikh Abd Ghani Shamsuddin yang juga Timbalan Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara, lapor Norani Abg Marzuki Bangi Kuching
Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi.
Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama’ Seduniat di Doha baru-baru ini.
Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah:
Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi 
Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah
Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama’ Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.
Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.
Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama’ sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, “Agama itu (tertegak) dengan nasihat…”
Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.
Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.
Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.
Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.
Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.
Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.
Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu’) kerana mereka amat ‘berbahaya’.
Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)
Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.
Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.
Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.
Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.
Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat ‘khianat’ dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!
Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.
Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.
Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama’ Sedunia.
Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, “Ijarah al-A’yan wa Tatbiqatuha al-Mu’asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah”, berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul “Hukm al-Istithmar fi al-Islam” dan “Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq”.
Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.
Wan Norhaziki Wan Halim
19/01/2016; 2:51 AM
Doha
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akan bergoncang, ranap, atau hancurkah PAN (Parti Amanah), kerana sudah tidak dianggap parti Islam atau harakah Islamiah lagi? Dah sama dengan PKR atau DAP?

13 comments:

Anonymous said...

tlg siarkan juga jwapan ustaz Ghani atas tulisan diatas...

Dalam pertemuan saya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin, Kuala Lumpur pada awal bulan November 2015 lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa, tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwar-warkan oleh orang-orang tertentu.

Sila minta hadi siarkan surat yg dia dakwa diterima dari Syeikh Qardhawi berkenaan pengharaman Parti Amanah Negara. Dah lama org minta hadi siarkan surat tsb, tp sampai skrg tak ada. hadi penipu pemfitnah...

Unknown said...

PAN dah cukup aib dah x perlu lg nk diaibkan..

Anonymous said...

Usah dikisahkan hal pemecatan itu disebalik kemelut ada hikmah yang Allah hijabkan apa yang perlu jangan dipedulikan apa yang PAS telah lakukan terutama presiden PAS sendiri tapi oleh kerana beliau lebih kanan dari usta Ghani maka orang lebih percaya dari apa yang ustaz Ghani cakap itulah sebabnya Hadi takut nak bersuara apa yang telah dikatakan apabila dicabar untuk membuktikan.

Unknown said...

Aku rasa x perlu sampai kesatuan ulamak sedunia keluarkan fatwa..org2 islam awam di mesia ni pun dah boleh fikir bahawa adalah satu kesalahan besar jika bawak lari kerusi parti Islam lain malah juga berdosa langgar sumpah bai'ah dan harta wakaf..

Unknown said...

Dah byk fitnah ke atas TGHH tapi alhamdulillah sehingga kini fitnah tersebut hanya dimakan oleh org2 PAN shj..

Anonymous said...

Kenapa dipecat betul ke dipecat adakah ini berita soheh tuan.jika betul tentu pan telah mendapat satu lg tamparan setelah ditolak oleh org org selama ini.apakah dia dipecat krn dia syiah atau pro syiah.syiah ini bahaya mcm is juga.ia bkn bahaya sbb ajaran itu tp sbb pelampau yg terpengaruh dgn agen agen yahidi.siapa agen yahudi sendiri mahu pikir.mereka bkn agen yahudi sj tp agen utk memusnah kekuatan islam.tali barut syaitan yg tak pernah leka menghasut.mereka ini penipu licik dgn muka manis n penuh gula gula.didepan mereka ini berkata tulus tp dibelakang mereka punya agenda yg jahat.siapa sangka mereka ini yg cuba menyorok dgn berbaik dgn org islam tiba tiba berkata bangga dgn kerja org kristian diserawak.topeng akan lebih terbuka.muka buruk tentu tak dpt disorok lg nanti.agenda licik mereka selamanya tak akan menang.Allah akan menolong org mukmin sebenar n menetapkan kedudukan mereka.

Anonymous said...

Kucing kurap lah pan ada ke sbb dipecat adalah terlibat dlm politik.alasan tak masuk akal.ulamakpun nak cakap politik perlu dipisahkan dr islam sama mcm org sekular umno juga ke.malulah mengaku ulamak tp sudah terbelit diri sendiri.geng pan sila sorok muka anda sekarang atau pakai topeng mcm
kesayangan anda dap

Anonymous said...

Ulamak dipecat sbb politik.apa ulamak sedoniapun sekular juga ke.habislah kalau ulamak sendiri sudah terbelit tentu amaran keras bkn lg amaran mr boo tempek amoi atau mr boo duduk di restoran bak ku te.ada pulak org yg nak mengatakan mr boo adalah ulamak.ulamak utk amoi amoi boleh rasanya.mari mari lihat ulamak mana yg sebenar ularmak ini yg main golf kah atau yg dipecatkah.

Anonymous said...

pan dah meroyan

Anonymous said...

Kisah percintaan antara parti Dapig yang menentang Islam dan parti Kuali yang kononnya 'membela Islam' mendedahkan hubungan towkay dengan kuli bataknya di mana pemimpin-pemimpin parti kuali menjadi balaci Dapig dan diperalatkan untuk melemahkan atau menghapuskan parti Islam yang sedang berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup orang Islam di negara ini!

Anonymous said...

kerana politik semua dah jd celaka....politik zaman nabi x mahu dicontohi, tp sibuk ngan politik zaman moden yg kononnya membangunkan islam...tp habuk sampai sekarng islam xda kedepan pun..sik ditindas ja....semua pikir pakai otak bersalut kesenangan dunia...

Anonymous said...

Sokong kembali kpd islam yg sebenar adalah penyelesaian.apa dia islam yg sebenar itu ia adalah pas.islam sekarang byk dipengaruhi pemikiran keliru dr barat.perlu sgt disedarkan

Unknown said...

Pak hasyim Cuba awak baca kenyataan dari ghani shamsudin lain benar dari kenyataan awak tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails