Saturday, January 02, 2016

Majlis Makan Malam Amanah Mengejutkan? Lihat 4 Perkara Ini..


Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis makan malam Amanah Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.  

Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan. Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya. 


Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu. GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu. 


Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya. Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir. 


Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa. 


"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu. 


"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.


"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu.  (TMI)


Komen Weblog Ibnu HasyimWakil IH hadir sendiri dalam majlis sebentar tadi, ada 4 istimewa..

  1. Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)
  2. Lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya, walaupun tiada kehadiran Presidennya Mohamad Sabu.
  3. Apakah ini menjadi bukti Amanah mampu mengambil alih Kelantan pada PRU 14 akan datang?
  4. PAS perlu sedar dan terima kenyataan ini, juga perlu atasi kelemahan-kelemahannya. (IH)
Tapi berita ini pula lain macam sikit..

Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH). Dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi, Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan.

Nik Omar bagaimanapun tidak hadir dalam majlis tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya. Namun ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH.

Malah, beliau mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.

"Eh mana ada anak Nik Aziz masuk AMANAH. Kamu salah dengar ni. Mana ada," katanya selepas majlis yang dihadiri kira-kira 1000 penyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemui Malaysiakini mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan itu memang telah menyertai parti berkenaan. Sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata Nik Omar bagaimanapun tidak akan hadir pada majlis-majlis yang melibatkan orang ramai pada ketika ini.

Hormati permintaan keluarga

Katanya, ia bagi menghormati permintaan keluarganya serta kematian bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu.

"Sebenarnya dia (Nik Omar) memang dah sertai AMANAH tapi sebab nak menghormati permintaan bondanya serta keluarganya yang lain.
"Tetapi kalau ada mesyuarat dalaman memang dia akan hadir cuma di majlis terbuka seperti ini dia tak mahu menonjol," katanya kepada Malaysiakini.

Masih belum bersedia.

Selain itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.
"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.

Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH tetapi menafikannya. Manakala adiknya, Nik Abduh yang merupakan anak kelima pula merupakan Ketua Pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Nik Omar untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau sendiri. (MK)

7 comments:

Anonymous said...

Berita Ibnu Hashim menipu... suka promot keburukan Amanah.

Anonymous said...

mana ada tipu

Anonymous said...

apaSAL XDE POSTING SEPARUH LUCAH WALAUN OI XBEST CAM NI

Anonymous said...

tuan tanah ni macai . mana nak guna otak. hanya dalam kepala wala. dia takut tak masuk syurga hanya pas ada kunci syurga. zuhdi punya merepekpun ulamak2 an macai2 percaya. nak cakap macam mana.

Anonymous said...

Kalau tak ngaji betul betul, PAS ni mmg konpius sikit. Yg aliran agama pun nmpk konpius. Yg betul ASWJ-Maturidi/Ashari/Salaf ada, yg pro syiah ada, yg ke wahabi ada, mirip mirip khawarij ada, yg mirip ke liberal ada, yg jenis ikut suka ada. Kat perlembagaan mmg cantik, tp, on the ground...gituler nmpknya.
So, pd aku bhgn tarbiyah kena diperkasakan, usrah usrah kena tekankan pegangan ASWJ-Maturidi/Ashari/Salaf yg benar. Utk itu, pentarbiyahnya kenalah pastikan pegangannya pun selari dgn ASWJ-Maturidi/Ashari/Salaf yg betul.

Anonymous said...

Pandainye die .....

Anonymous said...

Anon January 2, 2016 at 9:59 AM ,

Bukan pandai tapi, menyesatkan. Semua orang salah, sebenarnya dia yang bengong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails