Thursday, January 28, 2016

Dewan Rakyat Lulus Usul TPPA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bergambar selepas usul Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik diluluskan dengan undi belah bahagi di Parlimen, semalam. 
KUALA LUMPUR – Persidangan khas Dewan Rakyat meluluskan usul supaya Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di New Zealand pada 4 Februari ini.
Usul bagi menandatangani TPPA itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan seramai 127 Ahli Parlimen bersetuju berbanding 84 menolak.
Turut hadir semasa pengundian itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Seramai 24 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terlibat dalam membahaskan usul berhubung penyertaan Malaysia dalam TPPA pada sidang khas Dewan Rakyat berkenaan.
Penggulungan usul pula dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

cilako ini semua saloh dap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails