Friday, January 01, 2016

Trend Remaja, Bergambar Tukar Baju Dengan Pasangan. Bagaimana Tangani?

GAMAKNYA bila sudah terlampau kreatif, beginilah jadinya!
Dahulu pasangan bercinta hanya gemar mengenakan pakaian sedondon namun kini, fenomena itu berubah sedikit.
Tak pasti pula entah sejak bila bermula, menukar baju sesama pasangan tiba-tiba jadi trend dan ikutan ramai untuk bergambar khususnya golongan remaja.
10395_929190067188970_5595615637519797319_n1622175_929190250522285_5986416595861297733_n1660943_929190123855631_3851385587271953431_n1913700_929190200522290_8479191936281036793_n1915334_929190310522279_151995263862029095_n1915886_929189997188977_5979434526445873948_n10442398_929190160522294_2087870931457173134_nBergambar dengan mengenakan pakaian milik kekasih dikatakan jadi ‘kegilaan’ kerana kelihatan sweet dan kelakar. Walaupun trend bergambar ini disifatkan hanyalah ‘suka-suka’, namun ianya mengundang kecaman ramai di media sosial.
Difahamkan, trend ini sangat popular di Indonesia, negara umat Islam terbesar di duniadan dikhuatiri bakal menjadi ikutan di negara ini pula. 
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)

Tarikh Keputusan: 
  18 Dec, 2008

Keputusan: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:

Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:

Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:           

" Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, (mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.      

Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan ,  tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"  

Keterangan/Hujah: 

1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. 
Sabda Rasulullah SAW :

 عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء 

Maksudnya : 
  • Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) 
Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 

2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. 

Sabda Rasulullah SAW

 عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة ت

Maksud :
  • Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)
Status Penwartaan: 
  Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 
  10 Jun, 2010

Nombor Rujukan: 
  MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001

Akta/Enakmen: 
  Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI

Menjadi kewajipan seluruh umat Islam memikirkan bagaimana menanganinya, terutama pemimpin dan ulamanya. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Tak sangka ramainya Maknyah dan bapok kat Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails