Sunday, June 07, 2015

Tahniah Kepada Atlet Renang Bogel Berirama Menang Emas Sukan SEA!


ATLET renang berirama negara bergambar bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara rutin bebas berpasukan di Kolam Renang Stadium Jakabaring..

SUKAN 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar, kanan) mengucapkan tahniah kepada gandingan perenang berirama, Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee yang menyumbang emas pertama Malaysia di Sukan SEA ke-28, Singapura.

Najib menyampaikan ucapan itu menerusi catatan terkini di akaun Facebook dan Twitter miliknya hari ini.

Gandingan perenang itu menjuarai kategori teknikal duet dan rutin bebas, di Pusat Akuatik OCBC di Singapura dengan mencapai kelebihan tipis 1.0731 mata untuk mengetepikan wakil Singapura, Stephanie Chen-Crystal Yap.

Katrina Ann-Zylane mengumpul 75.3436 mata dalam acara rutin teknikal dan menambah 75.5667 mata dalam final rutin bebas untuk mengumpul sejumlah 150.9103 mata berbanding 149.8372 mata oleh peserta tuan rumah. – Bernama, 4 Jun, 2015.
Ada yang komen begini: Buat sesiapa yang tak kenal, ....ini sebenarnya atlet renang berirama versi muslimah.
Atlet renang berirama Malaysia Katrina Abdul Hadi (kanan) dan Huey Yhing Lee (kiri) berjaya menamatkan pusingan awal Renang Berirama Rutin Bebas ...
Mengapa dikatakan 'atlet renang bogel'? Kerana mereka berpakaian tetapi berbogel? Beginikah kewajaran, pakaian atlet wakil kerajaan umat Islam Malaysia yang agama 'bagi Persekutuan' (Fasal 3 Perlembagaan Malaysia)nya, adalah Islam? Negara Islam contoh kononnya? (IH)

6 comments:

Anonymous said...

at least dia org tak maki kat orang...pemimpin Pas maki kat orang bila tak suka...boleh ke gitu

Unknown said...

1Malaysia Boleh ! - 1Undangan Cepat Allah turunkan bala'.

Anonymous said...

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Taala :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Anonymous said...

Gunung Kinabalu dan kawasan sekitarnya dilanda gempa bumi 5.9 Richter selepas satu kumpulan pelancong Eropah berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 31 Mei 2015. Selepas ini apa pula akan berlaku di Malaysia?

Anonymous said...

Mohon webmaster delete iklan judi yang amat menyesatkan ! Celakalah ' IBU WINDA DI GARUT' !

Anonymous said...

Kenapa bikini depa tk koyak? Best nye tn haji. Hahahhahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails