Tuesday, June 09, 2015

PAS Sangat Kuat.. Mustahil Sertai BN -Profesor James Chin.

Penganalisis, Profesor James Chin bercakap pada persidangan mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Jun, 2015.
PAS sangat kuat dan mampu meraih penyokong yang ramai berbanding PKR dan DAP. Maka  adalah sesuatu yang mustahil bagi PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Tetapi kedua-dua parti itu boleh mengadakan persefahaman tertentu di antara mereka.
Menurut penganalisis Profesor James Chin, sesuatu yang mustahil bagi PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN), tetapi kedua-dua parti itu boleh mengadakan persefahaman tertentu di antara mereka.

"Buat masa ini, ia tidak boleh diterima pakai akar umbi PAS.
"Mereka tidak akan menerima PAS untuk menyertai BN. Tidak pada peringkat ini," katanya pada persidangan mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Kuala Lumpur hari ini.

Chin berkata, PAS dan BN boleh mengadakan persefahaman yang istimewa seperti di peringkat negeri dengan adanya gabungan antara kerajaan, tetapi bukan di peringkat persekutuan.
Katanya, PAS membuat keputusan sejak 10 tahun lalu untuk memberi peluang kepada kerjasama dengan bukan Islam bagi melihat sama ada mereka dapat mengambil alih kerajaan.

"Namun selepas dua pilihan raya, strategi itu tidak berhasil. Krisis ini terjadi kerana mereka tidak dapat menawan kerajaan persekutuan," katanya sambil berkata, kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendorong kemelut yang melanda PAS kini.

Chin berkata, ia tiada kena mengena dengan haluan progresif dan konservatif, tetapi bagaimana PAS dapat membuktikan prestasinya dalam pilihan raya akan datang.
Beliau menegaskan, parti Islam itu tidak wajar dipandang rendah kerana berpendapat PAS sangat kuat dan mampu meraih penyokong yang ramai berbanding PKR dan DAP.

"Contohnya, sekiranya diadakan satu acara dan mahukan 10,000 penyokong untuk berdemonstrasi, PKR tidak dapat meraih penyokong, DAP tidak dapat, tetapi PAS dapat berbuat demikian," katanya.

Namun katanya, masalah sebenar PAS ialah sama ada mereka dapat menawan kawasan luar bandar dengan majoriti Melayu.
Katanya, Pakatan Rakyat juga memerlukan pemimpin yang berkarisma bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu sambil menambah, PKR tidak mampu menang di kawasan majoriti Melayu. – 8 Jun, 2015.

3 comments:

Anonymous said...

Puak pas yg baru memang kuat dlm bab ugama tetapi dlm politik yg kian mencabar , kurang pendedahan dan pengalamanan dan kurang professional. Bukan mudah berpolitik disaat dunia dihujung usia berbagai cabaran dan dugaan samaada dlm bab ugama budaya dan halatuju manusia.

Anonymous said...

macam le puak2 kononya profesional ni boleh tadbir negara dgn baik.. kawasan sendiri pun tk terjaga inikan pulak nk jd menteri.. phuii

Anonymous said...

Golongan ulama dalam pas jagan bimbang.. kami rakyat marhem dari golongan profesional sanggup membantu bersama2 membangunkan islam dan negara.. bukan ada 7-8 org je golongan profesional kt malaysia ni.. takbir!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails