Sunday, June 07, 2015

Pengembaraan Di angkasa Lepas


PERSEDIAAN awal perlu dilakukan sebelum angkasawan dibenarkan keluar dari perut kapal. 
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

20 minit berjalan di angkasa lepas

“SAYA rasa sedih apabila mengenangkan penerokaan di angkasa lepas telah berakhir.
“Bagaimanapun, saya benar-benar berharap agar dapat kembali untuk mengulangi semula siri penjelajahan yang sungguh mencabar itu,” jelas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Edward Higgins White sebaik kapal yang dinaikinya mendarat di bumi.

Tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-50 selepas White melangkah keluar untuk meneroka angkasa lepas.

Peristiwa yang penuh bersejarah itu berlaku pada tanggal 3 Jun 1965, apabila angkasawan pertama berjalan di angkasa lepas itu melakukan penerbangan angkasa melalui Projek Gemini di bawah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Menurut White, sebaik selamat mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa, dia keluar dari perut kapal angkasa yang membawanya dengan keadaan terapung sambil berjalan di sekitar kawasan tersebut selama 20 minit.

“Ini merupakan pengembaraan paling luar biasa yang memberikan 1,001 pengalaman.
“Walaupun sedikit mencabar, namun saya berbangga kerana berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman berada di ruang angkasa lepas,” jelasnya.

Dokumentari

Sejak kejayaan penerbangan pertama yang penuh bersejarah ini, beberapa angkasawan NASA lain turut diterbangkan ke ruang angkasa melalui beberapa projek seperti projek kapal Gemini, Apollo, Skylab, Space Shuttle dan program Stesen Angkasa Antarabangsa.

Sehingga kini, dianggarkan para angkasawan dunia telah membuat pengembaraan di 82 laluan angkasa dan 187 laluan udara menerusi Stesen Angkasa Antarabangsa

Sempena ulang tahun ke-50 White berjalan di angkasa lepas, NASA telah membuat dokumentari khas bagi mendedahkan usaha-usaha awal melahirkan angkasawan, selain berkongsi detik-detik bersejarah mereka sepanjang berada di ruang angkasa lepas.

Selain angkasawan, jurutera, juruteknik, pengurus dan tokoh sejarah laluan udara yang terlibat di dalam misi penerbangan kapal tersebut turut ditemubual.

Dalam pada itu, seorang lagi angkasawan, Michael Foreman berkata, pengalaman berada di ruang angkasa lepas merupakan kenangan paling berharga yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini.

Selama 20 minit White berlegar-legar di ruang angkasa lepas.

“Ia merupakan satu pengembaraan yang menakjubkan dan tidak semua orang mampu merasainya.
“Mana tidaknya, dengan hanya menundukkan kepala, saya dapat melihat planet Bumi berada jauh di bawah,” jelasnya.

Lawat bulan

Sementara itu, Ketua Saintis NASA, Ellen Stofan berkata, angkasawan mampu membongkar kehidupan lain di luar Bumi dalam tempoh 20 dekad akan datang melalui siri penjelajahan yang dijalankan di angkasa lepas.

“Saya merupakan seorang ahli geologi. Status itu membolehkan saya keluar untuk mencari tinggalan batu dan fosil di planet lain biarpun ia sukar untuk dilakukan.
“Bagaimanapun, saya percaya bahawa terdapat hidupan yang menghuni planet tersebut.
“Para saintis masih berdebat mengenainya dan untuk meyakinkan orang ramai terhadap dakwaan tersebut pastinya sukar, memandangkan sebelum ini umum mengetahui tiada hidupan di planet tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, NASA turut merancang misi untuk menjelajah Europa iaitu bulan yang paling hampir dengan planet Musytari seawal tahun 2022 nanti bagi mengkaji kehadiran ais di permukaannya.
Bukan itu sahaja, NASA turut berharap agar angkasawan berjaya mendarat di planet Marikh pada tahun 2030 bagi membongkar sama ada terdapat kehidupan di planet terbabit ataupun tidak.

Sementara itu, Agensi Teleskop Angkasa Webb akan dilancarkan pada tahun 2018 bagi mengesan hidupan lain di sekitar planet berdekatan Bumi. ((IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails