Wednesday, June 10, 2015

Datuk Jackie Chan Bantu Mangsa Gempa Bumi..

Kiri, Datuk Jacky Chan.
HALAMAN HIBURAN
Bintang filem aksi Hollywood Datuk Jackie Chan tiba di Kathmandu pada Selasa bagi memberi sokongan kepada mangsa gempa bumi di Nepal.
Beliau menaiki penerbangan Air China ke Kathmandu dan dijadualkan akan menyerahkan barang bantuan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Nepal untuk diagihkan kepada mangsa gempa di Siddhipur dan Lalitpur, kata pegawai kanan Persatuan Bulan Sabit Merah Nepal, Ishwari Regmi.
Persatuan Bulan Sabit Merah China menyelaraskan lawatan Chan ke Nepal.
Chan mengumumkan bahawa beliau secara peribadi menderma sebanyak AS$100,000 pada satu majlis amal di Singapura bulan lepas, yang dianjurkan bagi mengumpul dana untuk mangsa gempa bumi Nepal.
Chan dijadualkan pulang ke Hong Kong lewat Selasa sejurus selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa. – Bernama, 9 Jun, 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails