Thursday, June 11, 2015

Mesyuarat AJK PAS Pusat Tidak Bocor Lagi. T/Kasih Pendedahan Nordin Ali..


Pertama Kali Semenjak 2004, Mesyuarat AJK PAS Pusat Tidak Bocor di Media Massa

SAYA cuba untuk mendapat gambar mesyuarat AJK PAS Pusat kali Pertama. Saya terokai hampir semua facebook AJK PAS Pusat yang baru dilantik. 

Malah saya juga cuba terokai facebook wartawan Harakah yang masih berkhidmat saya gagal menjumpainya. Mungkin saya terlepas pandang dan jika ada pembaca tolong sendkan kepada emel saya. (gambar di atas adalah mesyuarat sesi lalu)

Itu baru gambar.

Saya cuba dapatkan maklumat apa yang dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat kali ini, saya juga gagal. Hanya sekadar apa yang disebut oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim dalam sidang media. Mungkin juga saya terlepas pandang.

Kalau dulu belum lagi habis mesyuarat AJK PAS Pusat, isi kandungan mesyuarat telah tersebar luas di media sosial.

Esoknya kalau kita layari blog atau facebook AJK PAS Pusat kita akan dapatkan maklumat mesyuarat secara detail dari A sampai Z.

Saya masih ingat lagi kawan saya yang bekerja di akhbar menyebut, "Pimpinan PKR berbalah dan berbeza pandangan juga. Azmin - Wan Azizah mana boleh bertemu. Tapi kita tak nampak perbalahan mereka di media. Dalam PAS kita nampak macam tak berbalah, tapi jika kita buka facebook atau blog pimpinan kita tak payah siasat, kita boleh dapat maklumat A sampai Z perbalahan yang berlaku".

Bila saya sebut macam ini, saya akan dapat komen daripada Anonymous yang saya tak ada data, maklumat saya tak benar. Untuk itu saya nama 3 wartawan harakah yang suka bocor maklumat mesyuarat iaitu Zul Sulong, Tarmizi Mohd Jam dan Wan Nordin.

Dulu pernah berlaku AJK PAS Pusat hendak mesyuarat di JK10 Kelantan. Tak sempat mesyuarat lagi The Malaysian Insider (akhbar yang ambil peranan Utusan/UMNO menyerang PAS) telah menyiar berita kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak lagi dilantik menjadi Musyidur Am PAS dan kononnya TGHH nak jatuhkan TGNA. 


Ya wartawan harakah menggunakan maklumat parti untuk menyerang kepimpinan PAS.

Ada satu mesyuarat, Presiden PAS minta semua AJK PAS Pusat meletakkan gajet dan smartphone dalam bekas dan setiap orang AJK tidak dibenarkan bawa telefon dalam mesyuarat. Nak bukti lagi??

Mesyuarat ini adalah untuk menentukan calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu sehingga Presiden sendiri umum baru orang tahu siapa calon, pasal AJK PAS Pusat telah ditutup mulutnya.

Dalam usrah kita diajar tentang kerahsian parti, hatta kepada isteri pun tak boleh beritahu, tapi malangnya AJK PAS Pusat sebelum ini tak pernah amal apa yang diwar warkan dalam usrah dan tamrin.

Apa yang saya harap, AJK PAS Pusat kali ini menjalankan amanah dengan jujur, jika tidak Insya-Allah saya akan tulis di blog untuk menegur trak kira siapa. Semoga Allah berikan saya kekuatan atas tujuan ini.

http://nordinali.blogspot.com/


Nordin Bin Ali
nordinbinali@gmail.com 


Terima kasih Nordin Ali, kalau benar apa yang anda sebutkan, dari weblog Ibnu Hasyim. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails