Wednesday, June 10, 2015

Lagi '1/2 Bogel', Cara Tarbiah Generasi Baru BN, Negara Islam M'sia?



ANUSKHA SHARMA dengan persembahannya yang meriah dan mencuri tumpuan.
HALAMAN HIBURAN
Lagi '1/2 Bogel, Cara Tarbiah Generasi Baru BN, Negara Islam M'sia?
Saat jarum berdetak menunjukkan pukul 2.30 pagi, pentas Stadium Putra, Bukit Jalil masih lagi bergema dengan sorakan orang ramai seolah-olah malam masih muda.
Jika diintai ke dalam, pasti kebingitan itu masuk akal kerana bintang terkenal Bollywood, Hrithik Roshan baru selesai membuat persembahan rantaian lagu filem terkininya, Bang Bang sebagai penutup tirai malam gala India International Indian Film Academy 2015 (IIFA 2015).
Kedengaran klise tetapi persembahan inilah yang membuatkan hampir 90% penonton seperti digam pada tempat duduk mereka, setia menanti dan bersorak untuk artis kesayangan yang memeriahkan anugerah tersebut.
Meskipun pandangan mereka terbatas, jarak tempat duduk dengan pentas menjadikan bintang-bintang Bollywood itu kelihatan seperti semut-semut kecil, kegigihan peminat merekod dan merakam gambar patut diberikan pujian.
Setiap kali bintang kegemaran melintas di hadapan, pasti terdengar pekikan suara memanggil nama mereka dengan harapan aktor atau aktres itu berpaling ke arah mereka.
Walaupun selebriti Bollywood mempunyai kisah kurang enak seperti dikatakan sombong dan tidak melayan peminat, namun pada malam IIFA 2015, mereka mencuba sedaya upaya melayan jeritan penonton yang hadir.
Wajah-wajah mereka tidak lekang dengan senyuman, lambaian tangan yang berterusan dan sesekali flying kiss dilempar sebagai tanda penghargaan pada peminat.
IIFA 2015 yang berlangsung pada 7 Jun lalu merupakan acara kemuncak bagi anugerah tahunan terbesar industri perfileman India sejak tahun 2000. Tahun ini merupakan penganjurannya kali ke-16 dan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah majlis berkenaan.
Menggandingkan Arjun Kapoor dan Ranveer Singh sebagai hos, ternyata dua bintang muda ini mampu menghiburkan penonton dengan jenaka serta kebolehan mereka menguasai pentas dengan persembahan secara spontan.















Kejutan Queen
Bagai satu lumrah dalam setiap majlis anugerah, IFFA 2015 turut terkena tempiasnya. Seperti sebuah naskhah yang tidak komersial dan terkenal berbanding dua buah filem pesaingnya iaitu PK dan Kick, karya Vikas Bahl, Queen dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada anugerah tersebut.
Selain diangkat sebagai filem terbaik, Kangana Ranaut yang menjadi heroin naskhah itu dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, sekali gus menewaskan dua pelakon senior, Rani Mukherji dan Priyanka Chopra.
Ironi, Queen yang bergenre komedi drama merupakan sebuah filem rendah.
Sebaik diumumkan menggondol dua anugerah tertinggi itu, Vikas Bahl tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya. Dia meluahkan tidak menyangka usaha produksi bekerja siang malam membuahkan hasil.
“Sewaktu membikin filem itu, kami bermula dengan bajet kosong, langsung tiada penaja, namun memikirkan skrip yang bagus kami teruskan juga.
“Duit mula diterima hanya selepas separuh penggambaran berjalan, itupun kami tergendala seketika di London dan terpaksa pulang ke India. Setelah mendapat wang, kami kembali ke London untuk menyambung pembikinannya,” ujar Vikas Bahl turut mewakili Kangana yang tidak dapat hadir mengambil anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Queen mengisahkan seorang wanita bernama Rani (Kangana) yang ditinggalkan tunangnya, Vijay (Rajkumar Rao) kerana dikatakan budak kampung dan tidak sepadan dengan lelaki itu setelah Vijay tinggal di luar negara.

KEKASIH Deepika Padukone, Arjun Kapoor melutut saat menyampaikan bunga kepada aktres itu yang dinobatkan sebagai Woman of The Year IIFA 2015.

Tertekan dengan perpisahan itu, Rani mengambil keputusan untuk pergi ke Eropah dan membuktikan dia juga mampu menjadi wanita moden seperti yang diingini oleh Vijay.
Perjalanan Rani di Eropah banyak merubah dirinya dan membantu meningkatkan tahap keyakinan diri sehingga mampu menolak Vijay yang mahu kembali bersama.
Terbaik
Meninggalkan kisah kemenangan mengejut Queen, majlis tersebut berlangsung serba meriah. Bollywood dan tarian adalah satu kewajipan, ia sumber tarikan yang pastinya tidak dapat dipisahkan baik dalam filem atau di atas pentas.
Persembahan pada malam kemuncak IIFA 2015 sememangnya menakjubkan, penuh warna-warni dan percikan bunga api yang mempesona.
Antara yang menarik perhatian ialah persembahan Shradha Kapoor yang pertama kali di pentas IIFA 2015 sewaktu membawa medley lagu daripada filem-filem arahan pengarah terkenal, Subash Ghai seperti Taal dan Pardes.
Aura heroin Anushka Sharma juga tiada tolok bandingnya apabila membawa lagu daripada filem terbaharunya, Bombay Velvet dengan watak seperti penari kabaret.
Kehadiran pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Shahid Kapoor juga dinantikan. Tidak menghampakan peminatnya, Shahid membuat satu persembahan yang menghiburkan.
Pada persembahan itu, Shahid menampilkan sisi lelaki yang matang dengan wajah berjambang, sekali gus menghilangkan watak lelaki jambu yang sering dikaitkan dengan aktor itu.
Secara keseluruhannya, persembahan bintang Bollywood pada IIFA 2015 cukup segar. Percaturan menampilkan generasi baharu memberi impak kuat dan membuat penonton berasa seperti sedang melihat filem Hindustan secara langsung di atas pentas. (Kosmo!)
Demikianlah suara azan (panggilan) ke masjid syaitan. Na'auzubillahi minzalik..

3 comments:

Anonymous said...

APA YANG HENDAK DIHAIRANKAN ......SETIAUSAHA AGONG UMNO (NEGARA UMAT ISLAM)MENGANJURKAN MAJLIS KAHWIN ANAKNYA MENGIKUT ADAT BATAK/JAWA/HINDU (SEPARUH BOGEL)........PELEMBAGAAN KERAJAAN UMNO (KAFIR BRITISH YG. GUBAL) ....ISLAM hanya digunapakai pada adat istiadat resmi sahaja .... nikah kahwin dan harta pusaka .....Islam di Malaysia hanya Syiar sahaja diperjuangkan 0leh UMNO .....Syariatnya hampir tiada. Jika di BARAT dipanggil SEKULAR ...... GUNA SYARIAT bergantung kpd kepentingan dan ikut hukum akal sahaja.Syariat Islam sepenuhnya tidak sesuai. Akal mereka lebih mendahului Wahyu Allah.Mereka dengan sombongnya menolak hukum Allah yang mencipta manusia dan isi alam seluruhnya.

Anonymous said...

apa plak nak marah..parti PAS kan suka kat UMNO...makna nye 1/2 bogel tu ok lah bagi PAS....

Anonymous said...

Sudah BINI KETUA BESAR GILA kan KHORDHING-GHELL , apa boleh buat

Bila KETUA BESAR jenis Lahanat , apa susah nak biar kan seeaktu dengan nya ber leluasa dalam negara

Mana ada ikut Ajaran NABI SAW pon

Ada Ulamak HADI pun sama saja , agama tuk jaja jaja kedudukan jawatan saja

Itu semua Melayu lah , Duit MASYOK yang penting ; Agama belakang kira bila KIOK saja

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails