Thursday, June 11, 2015

P/Raya Turki: AKP Hilang Sokongan Kerana Erdogan Dan Menteri Pengolok Al-Qur`an.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
PARTI Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki dilaporkan gagal mempertahankan majoriti di parlimen hasil pilihanraya minggu lalu. Hasil yang diumumkan hari Ahad (7/6/2015) mengakhiri dominasi AKP selama 13 tahun di parlimen.

AKP kini hanya mendapatkan 259 kursi, kurang dari sebelumnya 276 yang memberikannya suara majoriti tunggal di lembaga legislatif. Pilihanraya kali ini membuat impian Erdogan tentang sistem pemerintahan presidensial menjadi buyar atau tawar.

Sebagaimana dilapor Today’s Zaman hari Selasa (9/6/2015), Etyen Mahcupyan, jurnalis keturunan Turki-Armenia bekas penasihat PM Ahmet Davutoglu dan kolumnis di akhbar pro-pemerintah Aksam, mengatakan dalam wawancara dengan Aljazeera Turki hari Isnin bahawa kegagalan AKP patut dibebankan kepada Erdogan, kerana rakyat masih memandangnya sebagai ketua parti. 

Menurut Mahcupyan, Davutoglu bekerja keras untuk memenangkan pilihaanraya agar kembali tercipta pemerintah satu parti, tetapi upayanya dibayang-bayangi oleh kempen Erdogan. 

“Sudah waktunya bagi AKP untuk membiarkan ketuanya bekerja,” kata Mehcupyan.

Seperti diketahui, meskipun Davutoglu sudah menjabat sebagai ketua parti di AKP, tapi Erdogan dengan kempen sistem presidensial yang digembar-gemborkan, mengecilkan peranan Davutoglu baik di pemerintahan mahupun di parti. Jabatan presiden di Turki sebenarnya bukan sebagai ketua pemerintahan, melainkan jabatan simbolik sebagai ketua negara.

Jurnalis kawakan dan kolumnis pro-pemerintah di akhbar Sabah, Mehmet Barlas, mengatakan kepada NTV bahawa batasan 3 periode yang diterapkan kepada kader-kader AKP adalah salah. Barlas mengkritik kebijaksanaan AKP tersebut sebab menjadikan ahli-ahli politik di parlemen dan menteri yang senior dan berpengalaman, serta populer di masyarakat, tidak lagi dapat mencalonkan diri dalam pilihanraya setelah 3 kali terpilih.

Ahmet Tasgetiren, kolumnis di akhbar pro-pemerintah Yeni Safak, hari Selasa menulis bahawa kempen-kempen yang dilakukan Erdogan untuk AKP telah memalingkan pemilih dari AKP dan memberikan suaranya kepada partai lain. Para pemilih ingin presiden menjadi sosok yang imparsial dalam pilihanraya, kata Tasgetiren.

Tidak hanya itu, kesalahan fatal yang dilakukan AKP adalah mengabaikan sensitiviti keagamaan rakyat. Menurut Ismail Kilicarsian, seorang kolumnis akhbar Yeni Safak, sokongan AKP untuk bekas menteri urusan Eropah, Egemen Bagis yang mengolok-olok al-Qur`an, merupakan salah satu faktor menurunnya sokongan kepada AKP.

Dalam rekaman audio yang dibocorkan pada Mac 2013 terungkap bahawa Bagis mengolok-olok Qur`an ketika bercakap melalui telefon dengan jurnalis Metehan Demir. Suara orang yang diyakini sebagai Bagis terdengar membuat lucu tentang Qur`an, termasuk mempermainkan nama surat Al-Baqarah menjadi “bakara-makara”. 

Dalam bahasa Turki, makara artinya mempermainkan seseorang, atau bersenda-gurau, sehingga boleh dikatakan Bagis telah menganggap isi al-Qur`an itu sebagai cakap kosong. Sokongan terhadap Bagis oleh AKP dinilai keterlaluan, mengingat parti itu sendiri adalah sebuah partai Islam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails