Tuesday, March 03, 2015

Bapa Penyembelih ISIS Balik Kampung Dari London Ke Kuwait.



LONDON: Bapa kepada penyembelih militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), Jihadi John telah membawa diri atau balik kampung ke negara asalnya Kuwait selepas identiti anaknya didedahkan oleh media massa Britain minggu lalu.

Bagaimanapun, akhbar Britain, The Mirror berjaya mengesan dan menghubungi Jasem Emwazi, 51, menerusi telefon untuk bercakap dengannya.

“Ya benar, saya adalah bapa kepada Mohammed,” jelasnya ringkas.

Minggu lalu, identiti Jihadi John telah didedahkan oleh media massa Britain sebagai Mohammed Emwazi, 27.  Mohammed bertanggungjawab menyembelih sekurang-kurangnya lima tebusan Isis yang dirakamkan menerusi video dan dimuatnaikkan dalam pelbagai laman sosial untuk tatapan umum.

Dia digelar Jihadi John selepas muncul dalam rakaman video berkenaan bertutur dalam loghat British yang dalam sekaligus memberi gambaran yang dia menerima pendidikan atau pernah bermastautin di United Kingdom (UK). Berdasarkan pendedahan tersebut, Mohammed telah disahkan menerima pendidikan rendah, menengah dan pengajian tinggi di UK.

“Saya minta maaf, saya tidak mahu bercakap dengan pihak media...," ujarnya.

Jasem telah 'membawa diri' ke kampung halamannya di daerah Taima, Kuwait untuk menenangkan dirinya ekoran pendedahan tersebut.

Lihat juga kisah Jihadi John ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails