Thursday, March 05, 2015

Rasuah: Kini Sudah 40 Ditahan SPRM



Sebahagian penguat kuasa yang ditahan oleh SPRM menerusi Ops Licin 2 di Perak dan Kedah semalam. 

KL: Seramai 14 lagi individu termasuk 11 pegawai penguat kuasa dan tiga orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjadikan jumlah mereka yang diberkas menerusi Ops Licin meningkat kepada 40 orang sehingga kini.

SPRM dalam satu kenyataan akhbar semalam memberitahu, antara anggota penguat kuasa yang ditahan terdiri daripada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), enam pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), tiga penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Turut ditahan adalah dua pesara tentera dan seorang bekas pegawai KPDNKK.

Menurut kenyataan itu, kesemua mereka yang berusia lingkungan 30-an hingga 50-an berkenaan ditahan antara pukul 9.30 pagi sehingga pukul 5 petang semalam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails