Tuesday, March 03, 2015

Kembali Jadi 'PAS Untuk Semua' -Dr Mujahid.


 
Ketika cakap-cakap tentang “perpaduan Melayu” dan kerjasama PAS dengan Umno, muncul persoalan sama ada slogan “PAS untuk Semua” masih diguna pakai.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata parti itu harus diingatkan untuk mempromosi agenda seluruh rakyat Malaysia jika mahu mengekalkan slogan bagi mendekati golongan bukan Islam itu.

Katanya, 10 daripada 12 inisiatif yang digariskan PAS adalah mempromosi agenda pelbagai budaya, pelbagai agama dan pelbagai kaum.

Hanya dua, kata ketua biro perpaduan kaum PAS itu lagi, berkaitan perjuangan dan perpaduan Islam.

“Malah dalam dua perkara itu juga, terdapat peringatan supaya tidak lupa membentuk perhubungan rapat dengan semua masyarakat,” kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Katanya, walaupun semua ini disebut dalam perlembagaan, mereka bertindak bercanggah dengan inisiatif itu.

“Saya hendak berita anggota PAS, kembalilah kepada semangat perlembagaan (PAS),” kata anggota Parlimen Parit Buntar itu. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails