Monday, March 02, 2015

Ukur Diri Sebelum Saingi Ketua -DUP WP.

usAlijamil
Ustaz Dr (H) Mohd Ali Jamil

UKUR DIRI SEBELUM SAINGI KETUA
PUCHONG: Perwakilan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr (H) Mohd Ali Jamil menyeru mereka yang berhasrat menandingi ketuanya dalam pemilihan parti agar meneladani akhlak ditunjukkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ujarnya, ketika Muktamar Tahunan PAS di Taman Melewar pada awal 1990-an, Tuan Guru telah ditanya media berhubung pendiriannya yang diminta bertanding jawatan Presiden menyaingi Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor

“Tuan Guru jawab, “Saya nak lawan macam mana dengan Ustaz Fadzil, sembahyang sunat dia pun saya tak mampu lawan.” Allahuakbar! Tuan-tuan, ini kita lihat adab dan akhlak,” kaguminya mengimbas noltalgia itu pada Multaqa Ulama Se-Malaysia di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya, di sini baru-baru ini.

Katanya, tanpa adab dan akhlak, walaupun mempunyai pangkat dan sijil tinggi, tetapi orang itu hakikatnya telah merosakkan PAS, berbanding mereka terdahulu yang hanyalah ahli biasa, tetapi sangat menjaga kepentingan dan keutuhan jamaah.

Ujarnya, perkara itu sangat dibimbangi kerana generasi lalu tidak mahukan jawatan berbanding kini jawatan telah menjadi rebutan.

“Ini perlu disemak. Rasulullah diuji dengan tiga ‘tha’ (iaitu) harta, wanita, tahta. Rasulullah tolak semua. Ini ujian kepada gerakan Islam, bukan kata Malaysia sahaja (tetapi) seluruh dunia sedang berlaku (yang) mungkin perancangan musuh-musuh Islam.
“Kita kena lihat apa yang berlaku pada Baginda kita boleh bercakap masa kita tidak ada duit, tetapi bila kita ada duit belum tentu kita berkorban. Kita boleh bercakap waktu kita tak ada pangkat, tetapi bila ada pangkat belum tentu. Ini cabaran dan halangan rintangan yang perlu direnung-renung dan dikaji ditilik kembali,” serunya mengajak bermuhasabah. (MTD)

Siri polimik presiden PAS..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails