Saturday, March 07, 2015

Imej Baru Artis Che Ta Bertudung, Lagi Buat Iblis Menangis.

Che Ta selamat pulang dari Tanah Suci, kini berhijab
Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Zain Saidin pada Khamis. - Foto Astro Gempak  

HALAMAN HIBURAN
KL: Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah  bersama suami, Zain Saidin pada Khamis. 
Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya. Rozita atau Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” kata Afeeq.
Seorang lagi artis membuat iblis menangis.. Al-hamdulillah. Teruskan, sesuatu yang baik! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails