Tuesday, March 03, 2015

Presiden PAS Tiada Tanding, Tim/Pres. Saing Sengit.. -Muktamar Jun.


Mustafa Ali.


KOTA BARU: Jawatan Presiden PAS tiada tandingan, tetapi  jawatan Timbalan Presiden dan ke bawah dijangka bersaing sengit dalam muktamar Jun ini. Bahkan tiada sesiapapun di dalam PAS mempunyai keupayaan setanding Datuk Abdul Hadi Awang yang akan dicabar untuk jawatan No.1 pada pemilihan parti itu Jun ini.
 
Begitu lapor berita.  
 
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali...

"Saya tidak dapat melihat sesiapa di dalam ranking dan fail yang berkebolehan untuk menandingi kualiti kepimpinan Abdul Hadi dan saya menjangkakan bahawa beliau akan terus menerajui parti ini dalam tempoh lima tahun lagi,"

Mustafa juga meramalkan presiden PAS tidak akan dicabar sesiapa semasa pemilihan parti itu yang akan datang. Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen amal untuk mengutip dana bagi mangsa pasca banjir yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Mustafa meramalkan akan wujud permainan politik bagi semua jawatan lain di dalam parti dengan jawatan Timbalan Presiden antara yang menjadi persaingan sengit. Mustafa berkata beliau tidak menjangka perpecahan akan berlaku di dalam parti selepas pemilihan tersebut.

Pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS Ke-61 pada Jun ini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails