Sunday, March 01, 2015

Mendengar Konsert Rock Mendorong Seseorang Jadi Pekak.

BUNYI muzik daripada fon telinga yang terus memasuki gegendang telinga menjadi punca peralatan itu berbahaya.
KL: Mendengar bunyi daripada sumber seperti peralatan muzik vuvuzela, siren ambulans, hon kenderaan atau konsert muzik rock juga mendorong seseorang menjadi pekak dengan mudah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan lebih satu bilion penduduk dunia berisiko hilang deria pendengaran secara kekal atau pekak jika mendengar muzik pada kadar bunyi yang kuat menggunakan fon telinga.

Kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati hampir separuh daripada penduduk negara-negara maju yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 35 tahun paling terdedah kepada risiko itu.

Demikian lapor Kosmo!Online hari ini.

Memetik Pengarah Jabatan Pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit, Hilang Upaya, Keganasan dan Pencegahan Kecederaan WHO, Dr. Etienne Krug berkata, had maksimum bunyi bagi sebuah peranti audio atau fon telinga ialah 105 desibel (dB).

Jelasnya, had atau kadar selamat seseorang boleh mendengar bunyi pada skala itu ialah selama empat minit sahaja.

Kajian menunjukkan tahap pendedahan pendengaran yang selamat ialah 85 dB untuk tempoh lapan jam sehari.

Selain itu, Krug berkata, mendengar bunyi daripada sumber lain seperti peralatan muzik vuvuzela, siren ambulans, hon kenderaan atau konsert muzik rock juga mendorong seseorang menjadi pekak dengan mudah. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails