Monday, March 02, 2015

Sukan Tenis/skuasy, Berpakaian Tetapi Telanjang..


KEMASKINI
SUKAN
KL: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mara ke suku akhir kejohanan Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut www.squashsite.co.uk, pemain nombor satu dunia ini mengambil masa 27 minit untuk mengalahkan pemain Mesir, Heba El Torky 11-5, 11-4 dan 11-7 pada pusingan kedua.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun ini yang memenangi kejohanan  Cleveland Classic di Amerika Syarikat sebelum ini bakal berdepan pemain England,  Alison Waters.
Waters mengalahkan rakan senegara Victoria Lust 13-11, 11-5 dan 11-4.

S. Theiviya. Foto BERNAMA
KL: Impian pemain tempatan S. Theiviya untuk melangkah ke undian utama Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015 tidak kesampaian apabila kalah pada pusingan kelayakan pertama di Kelab Golf Diraja di sini, Sabtu.
Pemain negara berusia 20 tahun itu, yang beraksi atas tiket wildcard, gagal meneruskan saingan apabila kalah kepada pemain pilihan ke-11, Elizaveta Kulichkova dari Rusia dengan keputusan 2-6 dan 2-6.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:   Adakah pakaian bergini tidak masuk dalam kategori 'berpakaian tetapi telanjang' seperti larangan pemakaian dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang terkenal itu? Walaupun (kalau) dia seorang yang bukan Islam, tetapi ia berlaku dalam negara orang Islam, adakah ia terlepas dari tanggung jawab pemimpin Islam di negara ini?

Tanggung jawab melindung maruah rakyatnya dalan membina kedaulatan agama dan negara? Perkara ini yang sesetengah pemimpin kerajaan Malaysia (UMNO) tidak mahu faham, menutupi 'kejahilan'nya dengan kealiman atau kecerdikan berpura-pura..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails