Wednesday, March 04, 2015

PAS-PR Macam Gambar Ini.. Belatuk-Cempelai Terbang Bersama..


Gambar burung belatuk terbang bersama cerpelai jadi fenomena
Foto burung belatuk dan cerpelai ini begitu menakjubkan sehingga viral di media sosial.
Gambar seekor burung belatuk terbang dengan seekor cerpelai di belakangnya mencuri perhatian semua sehingga jadi viral di media sosial.
 
Martin Le-May, seorang jurugambar sambilan yang menetap di London Timur secara spontan merakamkan gambar menakjubkan itu pada Isnin. Le-May sedang bersiar-siar bersama isterinya di Hornchurch Country Park untuk melihat burung belatuk hijau buat kali pertama dan tidak menyangka akan terserempak dengan situasi yang mengagumkan itu.

Foto itu pertama kali dimuatnaik di Twitter oleh @jayward7 atau Jason Ward, seorang peminat spesis burung dan merupakan jurugambar untuk Wildlife serta konsultan arborikultur (pengurusan penjagaan pokok). Beberapa wartawan juga dilihat cuba menghubungi Le-May menerusi akaun @jayward7.

Iktibar Belatuk-Cempelai

Seperti dilihat di dalam foto, walaupun ia nampak manis seperti dua haiwan ini berkawan dan terbang bersama, namun hakikatnya cerpelai itu mensasarkan burung tersebut sebagai mangsanya. Belatuk itu berjaya melepaskan diri daripada cerpelai tersebut apabila jatuh tidak jauh daripada pasangan berkenaan.

Kehadiran Le-May dan isterinya telah menakutkan cerpelai tersebut dan burung itu menggunakan kesempatan ini untuk melepaskan diri dan terbang kembali.

Simbolik

Apakah simbolik ini akan terjadi pada politik pembangkang di Malaysia, PAS bersama Pakatan Rakyat?
PAS-PR boleh terbang bersama, walaupun matlamat akhir berlainan.
Siapa belatuk, siapa cempelai?
Siapa pula pengganas 'Le-May' yang menakutkan mereka?
Apakah akan berlaku situasi negatif politik pembangkang seperti kisah di atas?
Atau mulanya negatif berakhir dengan positif?
Positif bila BN rebah..

Jom terbang bersama!
Jom fikir bersama!
(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails