Friday, March 06, 2015

Forum Ilmu Dr Asri/Kazim Alias Mengenai Hadis Palsu Perlu Diadakan.




KL: Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias (gambar) disaran supaya bersemuka dengan Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam suatu majlis forum penjelasan mengenai hadis-hadis palsu seperti yang beliau kesalkan.

Demikian saran Weblog Ibnu Hasyim.

Menurut Datuk Mohmad Kazim sebelum ini..

"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia (Dr Mohd Asri) sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini. Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.
"Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu," katanya dalam suatu sidang media di sini.

Seperti yang difahamkan Datuk Kazim, Dr Mohd Asri tidak bersetuju Kazim dipilih menganggotai panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam, yang akan diadakan sempena Hari Keputeraan ke-72 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Mei depan. Mohd Asri mengeluarkan surat melalui Jabatan Mufti Perlis kira-kira dua minggu lepas bagi membatalkan kehadiran Kazim sebagai ahli panel forum tersebut.

"Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial," kata Kazim.

Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan 'kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.'

"Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat," katanya.

Oleh itu menurut editor weblog Ibnu Hasyim,  "Amatlah wajar, majlis penjelasan bersama itu diadakan..Kebanjiran hadis-hadis palsu perlu diperjelaskan. Forum ilmu perlu diperbanyak dan dibudayakan di kalangan masyarakat Malaysia.  Bahkan forum ilmu perlu diperluaskan lagi hingga ke kalangan pelbagai kaum dan agama." (IH)
 
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails