Tuesday, March 03, 2015

Sudah Wujud Gerakan Singkir Golongan Profesional Dalam PAS?


Dr Dzulkefly Ahmad

KL: Kini tersebar berita, bahawa kumpulan profesional dalam parti PAS mendakwa wujud gerakan dikalangan golongan ulama untuk menjatuhkan mereka. Dikatakan juga, mereka mengakui 'diserang' kumpulan ulama yang selama ini menunjangi pentadbiran PAS.

Maka kumpulan profesional parti itu mula bangkit mencabar golongan 'ustaz haraki' bagi membuktikan kesetiaan mereka terhadap parti Islam itu. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menerusi kenyataan pada Isnin melahirkan kekecewaannya terhadap pihak yang mendakwa mereka cuba menyerap fahaman liberal dalam PAS.

"Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir urus kewangan dan ekonomi negara, ada pula ustaz-ustaz haraki yang giat 'menyerang' kami dan nak menjatuhkan kami.
"Telah kami katakan cukuplah...tapi nampaknya jadi macam budak. Lagi ditegah lagi menjadi-jadi. Kerja-kerja ini hanya memberi peluru kepada seteru dan lawan politik kita," katanya.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS menegaskan, kumpulan profesional sepertinya tidak jahil mengenai ajaran Islam seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Berpada-pada sahabatku. Kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya kerana PAS sejak berzaman khasnya era ustaz Fadzil Noor telah 'mengustazkan' kami.
"Malah ada diantara kami yang mendapat 'tarbiyah haraki' sejak zaman belajar lagi," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly mendakwa mendapat persetujuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan debat dengan golongan ulama PAS mengenai isu berkenaan.

"Saya juga telah mendapat izin Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat untuk mengadakan 'wacana-bahas-debat'

"Pilih setting yang tuan-tuan lebih selesa untuk (kami menjawab) semua tuduhan tuan-tuan yang kami ini sesat, songsang, liberal atau pengamal liberalsime agama.
"Semua ini dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas. Mungkin secara tertutup kalau cara itu lebih wajar. Harap jangan dihampakan, dengan segala rendah hati saya memohon," katanya. (IH)

Ada kaitan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails