Saturday, February 28, 2015

Tukang Pancung Kepala IS Asal Dari Universiti Ini. Bukan Sekolah Agama.


EMWAZI (dalam bulatan) bersama rakan-rakan sekelas semasa belajar di sekolah St Mary Magdalene Church di barat London.

‘Jihadi John’ dipengaruhi gerakan IS di universiti
LONDON – Suspek pembunuh kejam militan Islamic State (IS) yang memancung tahanan dalam beberapa rakaman sebelum ini, Mohammed Emwazi, 26, dipercayai mula terpengaruh dengan gerakan pengganas itu ketika menuntut di universiti.

Semasa mengikuti bidang teknologi maklumat di Universiti Westminster itu, dia dikatakan mengikuti ajaran penceramah radikal, Khalid Yasin dan mula rapat dengan Bilal el-Berjawi yang dibunuh dalam serangan pesawat dron di Somalia tiga tahun lalu.

“Keadaan di universiti itu sesuai untuk merekrut seseorang seperti Emwazi,” kata seorang bekas pelajar di universiti berkenaan, Raheem Kassam.

Sementara itu, jurucakap Universiti Westminster berkata, universiti itu mempunyai pelajar daripada 150 negara dan pihak pentadbiran sentiasa menitikberatkan aspek toleransi dalam kalangan 20,000 pelajarnya.

Dua pelatih perubatan yang sempat menemui Jihadi John di Syria pula mendedahkan bahawa lelaki itu mengaku pernah tinggal di Britain tetapi lebih gemar dikenali sebagai warga Kuwait atau Yemen dan kini menggunakan nama Abu Muharib al Yemeni.

Emwazi berhijrah ke London bersama keluarganya ketika berusia enam tahun dan bapanya bekerja sebagai pemandu teksi di kota raya ini.

Dia merupakan satu-satunya murid beragama Islam ketika belajar di sekolah rendah Church of England. Emwazi turut digambarkan sebagai seorang yang sopan dan lemah lembut oleh jiran-jirannya walaupun ketika itu cuma boleh menggunakan beberapa patah bahasa Inggeris.

Emwazi yang mempunyai tiga lagi adik itu merupakan menyokong pasukan Manchester United dan dikenali sebagai seorang remaja yang popular di sekolah.

“Dia tidak begitu pintar dalam pelajaran tetapi dia ahli sukan yang berbakat sebab itu dia popular,” kata salah seorang bekas rakan sekelasnya yang enggan dikenali.

Semua ciri-ciri anak muda itu menyebabkan rakan-rakan sekelasnya terkejut dan sukar mempercayai dakwaan bahawa dia adalah pembunuh kejam yang memancung tahanan-tahanan dalam rakaman IS selama ini.

Keluarganya yang tidak didedahkan identiti atas faktor keselamatan juga masih menafikan dakwaan media Barat itu.

Dalam beberapa siaran video sebelum ini, Emwazi dikatakan orang yang bertanggungjawab memenggal kepala tahanan IS menyebabkan pihak berkuasa Britain berusaha keras menjejaki identitinya. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Jadi tidak timbul soal 'sekolah agama' sebagai sarang 'pengganas', seperti yang dituduh di Malaysia.
ISIS menahan tentera Iraq.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails