Tuesday, February 24, 2015

Ini Bukti Suara Gulingkan Presiden PAS?


KL: Pagi ini Kosmo Online menyatakan satu rakaman suara berdurasi dua minit 11 saat yang dipercayai menunjukkan usaha Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk menjatuhkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tersebar di internet sejak petang semalam.

Tinjauan Kosmo! ke atas rakaman suara mirip Mohamad yang turut dimuat naik dalam laman media sosial Facebook itu dipercayai dirakam sewaktu beliau sedang memberi taklimat mengenai cara untuk menjatuhkan Abdul Hadi kepada pihak tertentu.

Rakaman suara membabitkan perbualan beberapa individu itu bagaimanapun tidak menyebut nama Abdul Hadi secara langsung sebaliknya cuma menyebut tentang seseorang yang dipanggil sebagai ‘Presiden’.

Rakaman itu antara lain merujuk kepada usaha untuk membuang persepsi bahawa ‘Presiden’ yang dipercayai ditujukan kepada Abdul Hadi adalah seorang ulama hebat dan maksum.

Tetapi video ini..  
Mat Sabu Nafi Cuba Jatuhkan Abdul Hadi

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails