Thursday, February 26, 2015

Amaran Google Tutup Blog Berisi Seks Mulai 23 Mac.

NEW YORK - Google telah memberi amaran kepada para penulis jika laman blog yang mengandungi bahan seksual baik gambar ataupun video akan dibuat tertutup mulai tarikh 23 Mac. 

Tidak ada laman blog yang dikeluarkan namun laman yang mengandungi kandungan seksual itu tidak akan muncul dalam ranah awam enjin carian mereka. Tetapi gergasi teknologi itu menegaskan laman blog yang mengandungi kandungan dewasa dan ditulis selepas tarikh 23 Mac akan ditutup paksa.

Berdasarkan dasar mengenai kandungan dewasa terbaru, penulis blog dibenarkan menulis kandungan berkaitan bahan dewasa dengan syarat 'memberikan manfaat kepada orang ramai' dengan menyebut contohnya dalam bidang seni, pendidikan, dokumentari, dan konteks ilmu pengetahuan. 

Para penulis blog diminta untuk menandakan kategori 'dewasa' jika laman mereka mengandungi kandungan seksual, hal ini memberi kesan munculnya laman peringatan sebelum laman tersebut boleh diakses. 

Tumblr -yang dimiliki oleh Yahoo- juga menyesuaikan dasar mereka terhadap kandungan seksual pada tahun 2013 dengan menyembunyikan tema 'dewasa' dalam pilihan carian. Langkah ini memberi kesan pada reaksi berbeza-beza di media sosial kerana para pengkritik menganggap usaha Goggle ini sebagai 'langkah tidak perlu'."

Kandungan dewasa dalam sejarah adalah yang terdepan dalam perjuangan menegakkan kebebasan berpendapat, dan ini tidak akan berubah dalam masa terdekat," tulis Violet Blueon ZDNet, seorang wartawan dan penulis ruang sex."

Kegiatan yang mengekspresikan seksualiti dan erotisme dilindungi oleh kebebasan berpendapat, dan pornografi bukanlah kegiatan haram," jelasnya. (IH/Dat03 / bb)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails