Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali nafi dakwaan wujud konspirasi dalaman untuk jatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.  
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali nafi dakwaan wujud konspirasi dalaman untuk jatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas.

"Tak ada (konspirasi), saya tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang  mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini, beliau berkata pihak membincangkan urusan parti termasuk meluluskan keahlian baharu dan pemilihan parti itu pada Jun ini.

"Mesyuarat Pas hari ini biasa, ada kelulusan ahli baru, bentang laporan kewangan dan dari soal pemilihan itu, tak banyak pembaharuan, pengerusi pemilihan masih Asmuni Awi lagi.

"Tadi kita bincang dari segi tempat muktamar, dicadangan di Kuala Selangor, tapi akan perhalus kita akan buat beberapa tempat," ujarnya. (IH)