Sunday, February 08, 2015

Dr Hatta Mahu Guling Presiden PAS, Mana Asasnya?



Dengar dan fikir,  di mana asasnya?
Penyokong Hadi dakwa Hatta mahu guling presiden
Kumpulan pro Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim hari ini menuntut Dr Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai meletakkan jawatan kerana didakwa cuba menggulingkan presiden parti.

Selain Hatta, kumpulan itu menjadikan Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Husam Musa dan dan Pengerusi NGO PasMA Pharolrazi Zawawi sebagai sasaran.




Laungan takbir iringi Hadi ke mesyuarat Pakatan

Kira-kira seratus ahli PAS hadir bersolidariti untuk presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sempena mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, banyak keputusan tidak selari di antara parti-parti dalam Pakatan dengan PAS kerana Hadi seringkali membelangkangkan keputusan yang dicapai walaupun diwakili oleh pemimpin kanannya.


 (IH) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails