Tuesday, February 10, 2015

Kalau Anwar Dipenjarakan, Ratus Ribu Akan Turun... -Rafizi

Sambungan siaran langsung Malaysiakini Padang Timur, Petaling Jaya ..
9.50pm: Naib presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mandor tentunya tidak berani memenjarakan Anwar.

"Saya yakin Rosmah ada dengar ceramah kita sebab bulan lepas ceramah saya di Bandar Tun Razak tentang tarikan subsidi oleh kerajaan.
"Lepas itu dia kata nak saman kita, tapi surat saman belum sampai lagi.
"Sebab tu saya kata dia tak berani penjara Anwar.
"Tapi kalau Anwar dipenjarakan, ratus ribu akan turun ke jalan raya!," katanya.

10.35pm: MB Selangor Azmin Ali menggesa penyokong Anwar yang beragama Islam menunaikan solat hajat untuk memohon pembebasan Anwar.

"Yang beragama Islam, malam ini bangun solat hajat mohon Anwar dibebaskan," kata Azmin.

10.40pm: Sasterawan Negara Pak Samad mendeklamasi sebuah puisi berjudul 'Malam Anwar', khas buat ketua pembangkang itu. Beliau menyeru orang ramai kumpul ramai-ramai esok dengan keazaman yang kuat seperti besi.

10.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji keberanian Anwar menghadapi perbicaraan esok walaupun beliau bukanlah seorang yang sempurna.

"Saudara Anwar kita boleh kritik dia. Kita boleh puji dia.
"Tapi satu perkara kita tak boleh buat, Datuk Seri Anwar seorang yang berani," kata Mohamad Sabu.

11.00pm: Seorang penyokong Anwar, Kashminder Singh, 34, yakin bahawa Anwar akan kekal bebas esok.
“Saya boleh lihat ramai yang masih menyokong beliay,” katanya.

Seorang lagi, jurutera, Alex Wong pula menjangkakan bahawa Anwar akan dipenjarakan untuk tempoh sekurang-kurangya lima tahun.

Sementara itu, seorang warga emas yang hadir ke ceramah malam ini berkata, beliau menjangkakan Anwar akan dibebaskan esok.

"Jika beliau tidak dibebaskan, tiada kebebasan dalam kehakiman,” katanya.

11.25pm: Anwar memulakan ceramah. Katanya beliau tidak risau seandainya dipenjarakan kerana pemimpin muda dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mengemudi perikatan itu. Beliau juga yakin pemimpin muda Pakatan tidak mudah termakan dengan tindakan melaga-lagakan sesama mereka seperti yang berlaku ke atas pemimpin kanan antara gabungan parti itu.

"Penting kita bagi ruang kepada anak-anak muda dalam Pakatan Rakyat kerana mereka ini lebih terkehadapan.
"Mereka ini melihat masa depan dengan pemikiran baru dan pemikiran lapuk yang bukan melaga-lagakan kita," kata Anwar.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails