(Dari kiri) Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad dan Razan Mohammad Abu-Salha. (gambar kecil) Craig Stephen Hicks.  
(Dari kiri) Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad dan Razan Mohammad Abu-Salha. (gambar kecil) Craig Stephen Hicks.

CAROLINA UTARA - AS. Keganaan Di AS (Amerika Syarikat). Tiga pelajar Islam ditembak di kepala di sebuah apartmen berdekatan dengan sebuah universiti, semalam. Penyerang, Craig Stephen Hicks, 46 tahun ditahan selepas menyerah diri di balai polis.

Menurut CNN, pelajar dikenali sebagai Deah Shaddy Barakat, 23; Yusor Mohammad, 21; dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun. Deah merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Carolina Utara. Yusor, isteri kepada Deah pula bakal meneruskan pengajian di universiti yang sama. Adik kepada Yusor, Razan juga belajar di universiti yang sama.

Polis masih menyiasat punca serangan tersebut. (IH)