Sunday, February 08, 2015

Seniman Jalanan Penghibur Masyarakat, Bagaimana Tingkatkan Imej?

Caliph Buskers di CM
Kelihatan orang ramai membanjiri Central Market beberapa minggu lalu untuk melihat persembahan daripada Caliph Buskers selepas beraksi di sebuah pentas berprestij  - Foto Facebook Caliph Buskers

HALAMAN HIBURAN
SERINGKALI apabila kita sedang membeli-belah di sekitar ibu kota pasti halwa telinga kita akan disajikan alunan-alunan muzik dendangan seniman jalanan. Mereka sinonim dengan panggilan ‘buskers', menghibur dari jalanan, majlis makan malam syarikat korporat,  kompleks membeli-belah hinggalah ke pentas muzik yang berprestij.

Demikian lapor  Mariah Ahmad Astro Awani.

Ahli seniman jalanan ini boleh dikatakan bekerja setiap hari untuk menghiburkan masyarakat sekitarnya dan menyampaikan mesej-mesej kepada masyarakat.

“Kami mengajak orang ramai untuk menghibur bersama di samping kami menyampaikan mesej-mesej kepada masyarakat.
“Contohnya mengenai mangsa-mangsa banjir, kami doakan untuk mereka dan mengajak sekali masyarakat berdoa untuk mereka,” kata pemain gitar The Kodox’s yang mahu dikenali Din Gitar, 24.

The Kodox's
Penghibur jalanan kumpulan The Kodox’s : Dari kiri vocalis Yujie, 26, pemain bass Tuah Johari, 25, Pemain drum dan alat genderang, Arul 24 dan pemain gitar Din Gitar 25 - Astro AWANI - MARIAH AHMAD

“Sebagai seorang pengkarya jalanan, kami bukan mengemis. Kami mencurahkan apa yang ada dan berdepan dengan masyarakat," kata Ayawan Musafir Singgah, 49, yang menggembara dalam seni jalanan dengan  puisi yang diciptanya 'Dunia Bukan Hendakku Tawan, Cukup Sekadar Membelah Awan'. .
Ayawan
Ayawan Musafir Singgah, 49, menggembara dalam seni jalanan dengan  puisi yang diciptanya "Duia Bukan Hendakku Tawan Cukup Sekadar Membelah Awan," - Astro AWANI / MARIAH AHMAD

Bukan sahaja pengemis, ada yang melihat ahli seniman jalanan ini sebagai penagih dadah. Bagi Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan, beliau mahu membina imej baru ahli seniman jalanan di Malaysia dengan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Kami juga mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa penghibur jalanan bukan mengemis, sebab itu kami perlu lebih professional sebagai penghibur jalanan,” Wady.

Wady berkata MYBC ditubuhkan sejak Disember 2012 untuk menjaga kebajikan ahli seniman jalanan Malaysia disamping merancang untuk membina fenomena baru.
Wady Hamdan
Wady Hamdan (kanan sekali) Presiden MYBC. Kelab MYBC merupakan pertubuhan berdaftar yang menggabungkan golongan Penghibur Jalanan bagi mentransformasi industri busking dan menaiktaraf karier penghibur jalanan. -  Foto Facebook Wady Hamdan
Caliph Buskers











 Caliph Buskers dijemput untuk bernyanyi bersama MOJO di sebuah pentas muzik yang berprestij. - Foto Wady Hamdan

buskers
Antara Pengunjung Avenue K bergaya untuk mengambil gambar di hadapan kumpulan The Kodox's - Astro AWANI / Mariah Ahmad

Dekad demi dekad, tahun demi tahun. Golongan seniman jalanan ini tidak pernah hilang puas, tidak pernah hilang minat dan kesungguhan mereka untuk menghibur masyarakat di jalanan. Walau tidak terkira berapa kali mereka dicemuh, disalahsangka, dihina, mereka tidak pernah berputus asa untuk menyajikan persembahan muzik di jalanan dengan penuh keikhlasaan kepada masyarakat.

Sudah jelas, hasrat MYBC untuk mencipta fenomena baru untuk menaikkan industri seni jalanan ini dapat dirasai kehangatannya oleh sesiapa sahaja di Malaysia tanah air kita.

Elok juga pihak MYBC membina jambatan hubungan dengan pihak agama Islam di negara ini supaya mendapat bantuan dan bimbingan bagi meningkatkan imej seniman jalanan yang mulia dan dihormati oleh masyarakat. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails