Monday, February 09, 2015

Isu K/P PAS Kuantan: Siasaat Kebenarannya.



PENDEDAHAN KETUA PEMUDA PAS KUANTAN: KENAPA TIADA SAMBUTAN?
February 6, 2015 - Analisis Isu, BERITA PANAS  

Oleh Facebook Huzir Sulaiman 

ANALISIS ISU. Pendedahan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim mengejutkan banyak pihak berkaitan isu dalaman PAS yang melanda hebat parti itu hari ini. Fadhli Ibrahim yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, bukanlah calang calang kepimpinan di peringkat kepimpinan PAS Pahang, Namun pendedahan yang dibuat beliau seakan akan tidak menjadi ribut. Apakah yang berlaku dalam PAS?

Jika diteliti beberapa isu dalam PAS, sebarang pendedahan oleh pemimpin, pasti akan mendapat liputan meluas dalam media, terutama yang berkaitan dengan Batang tubuh Presiden PAS iaitu TG Haji Abdul Hadi Awang. Kalau dulu, isu Unity Government mendapat perhatian 10 Ahli parlimen PAS untuk menafikan idea besar Presiden PAS tersebut.

Namun, pendedahan yang dibuat Ketua Pemuda PAS Kuantan ini dibiarkan senyap seolah olah tiada apa apa. Susulan pendedahan Ustaz Fadhli Ibrahim, Timbalan Ketua Pemuda Kuantan , Ustaz Sharuddin Mohamed turut juga mengemukakan pendedahan yang hampir serupa. Malah, turut menarik perhatian AJK Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Aiman Shamsul Bahrin yang mendesak pendedahan ini disiasat segera oleh pihak atasan PAS.

Desakan desakan ada tangan ghaib yang mencatur rancangan gelap di belakang Presiden PAS ini timbul setelah NGO PASMA yang diketuai oleh YB Pangkalan Kundur, Ir Pahrolrazi Nawawi tidak ditangani dengan sebaik baiknya. Malah lebih menambah luka dan pertembungan sengit dalaman PAS.

Tanda tanda pertembungan ini juga boleh dilihat dalam aksi pasca banjir di Kelantan, bila masing masing pimpinan ada yang tidak bergerak melalui Negeri Pimpinan PAS, sebaliknya menonjolkan melalui NGO yang menimbulkan banyak kesangsian kepada rata rata pemerhati awam dan politik semasa.

Yang terbaru mendesak isu yang didedahkan oleh KP PAS Kuantan ini adalah blogger anak sengat, yang juga pimpinan PAS pemuda di peringkat Negeri Perak. Beliau mendesak agar isu ini disiasat kebenarannya oleh AJK PAS Pusat bagi memastikan ada tindakan yang boleh dikenakan kepada ustaz Fadhli Ibrahim jika didapati memfitnah atau sebaliknya.

Ramai masih menunggu nunggu dan tertanya tanya kepada AJK PAS, kenapa isu ini tidak dilayan sebaik isu PASMA, sehingga memaksa Ahli Syura dan Naib Presiden PAS sendiri bersemuka untuk mendapatkan penjelasan. Adakah pendedahan ini Benar sehingga ditakuti sebahagian AJK PAS Pusat?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails