Wednesday, February 11, 2015

Cuti Bergaji Bapa Jaga Bayi, Wajarkah Diwujudkan Di M'sia?



Cuti bergaji bapa jaga bayi di Britain.
LONDON – Britain merancang melaksanakan inisiatif cuti bergaji kepada golongan bapa bagi membolehkan mereka membantu isteri masing-masing menjaga anak yang baharu lahir. 

Rancangan bernilai £150 juta (RM812 juta) oleh kerajaan Parti Buruh itu bakal menawarkan bayaran elaun £260 (RM1,408) seminggu supaya lelaki yang bekerja mampu mengambil cuti tidak bergaji dengan majikan mereka untuk menjaga anak.

Pemimpin Parti Buruh, Ed Miliband yang mengumumkan rancangan tersebut menjangkakan pendekatan itu dapat membantu sekitar 400,000 bapa setiap tahun di bawah pengurusan beberapa polisi mesra keluarga kerajaan.

“Keluarga moden di Britain memerlukan kerajaan yang lebih fleksibel dalam bentuk bantuan yang disalurkan. Ibu bapa bekerja sepanjang hari dalam suasana tertekan menyebabkan mereka semakin sukar untuk mengimbangi antara kerja dan penjagaan anak.


“Kami percaya Britain akan berjaya apabila mempunyai keluarga moden yang berjaya. Ini bermakna memberikan golongan bapa dan juga ibu peluang menghabiskan lebih banyak masa di rumah pada minggu-minggu paling penting selepas kelahiran bayi mereka,” katanya.

Miliband yang mempunyai dua anak lelaki berpendapat, semakin ramai bapa mahu memainkan peranan lebih besar dalam membesarkan anak-anak mereka tetapi kecewa dengan undang-undang lapuk dan isu kelayakan seperti cuti isteri bersalin.

Pada masa kini, hanya 55 peratus golongan bapa mengambil skim elaun cuti yang cuma dibayar elaun £138.18 (RM748) seminggu tetapi bilangan itu dijangka meningkat kepada 70 peratus apabila kadar elaun baharu tersebut menghampiri tahap gaji minimum di Britain.

Ketua Pengarah Dewan Peniagaan Britain, John Longworth bagaimanapun menyifatkan rancangan kerajaan itu umpama satu bentuk ‘cukai’ baharu dan membebankan sektor perniagaan di negara ini selain mengurangkan produktiviti serta bakal menjejaskan peluang pekerjaan. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Wajarkah dilaksanakan di Malaysia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails