Friday, February 13, 2015

Pulau Melaka Dibanjiri Manusia, Pengkebumian Nik Aziz.




ORANG ramai mula membanjiri kediaman allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan bagi menzahirkan penghormatan terakhir kepada tokoh politik dan agama itu.

Bukan hanya daripada Kelantan, sejak pemergian allahyarham kira-kira 9.45 malam tadi, orang ramai mula berpusu-pusu menuju ke Kelantan daripada pelbagai pelosok negara.

Seawal waktu Subuh, kenderaan memenuhi sekitar kawasan itu sehingga kereta terpaksa diletakkan sejauh kira-kira 2 kilometer.

Ramai lagi dijangka hadir awal pagi ini.

Solat jenazah dijadual dilangsungkan pada jam 10 nanti sebelum jenazah tokoh itu disemadikan.


 

LAPORAN LANGSUNG

11.45am: Orang ramai beransur-ansur meninggalkan tanah perkuburan Pulau Melaka yang sejak dari pagi telah dihadiri oleh puluhan ribu orang.

Seorang warga tempatan yang ditemui, Mohammad Ibrahim, 53, berkata beliau sedih dengan pemergian Nik Aziz.

Beliau berkata, kehilangan Nik Aziz tiada pengganti memandangkan Nik Aziz merupakan seorang yang sangat berpegang terhadap kata-katanya.

"Sedih. Sebab tiada pengganti dia. Dengan orang ramai yang hadir ini pun nampak yang beliau seorang ulama yang sangat disanjungi," katanya yang kelihatan sugul.

11.24am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai bacaan doa dan talkin, dalam keadaan sedih dan hiba.

11am: Jenazah Allahyarham Nik Aziz selamat disemadikan.
Selain orang ramai, tolak menolak antara orang ramai, media dan unit amal juga berlaku di bawah khemah di tempat Nik Aziz dikebumikan.

Turut kelihatan berada di kawasan pengebumian ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar.

10.42am: Keadaan di tanah perkuburan Pulau Melaka sesak dengan orang ramai yang mahu melihat jenazah Nik Aziz dikebumikan.

Berlaku tolak menolak antara orang ramai berdekatan khemah tempat Nik Aziz akan dikebumikan.

Cuaca yang ta
dinya panas turut bertukar mendung. 


10.42am: Keadaan di tanah perkuburan Pulau Melaka sesak dengan orang ramai yang mahu melihat jenazah Nik Aziz dikebumikan.

Berlaku tolak menolak antara orang ramai berdekatan khemah tempat Nik Aziz akan dikebumikan.

Cuaca yang tadinya panas turut bertukar mendung.
10.40am: Keranda jenazah Nik Aziz kelihatan oleh ahli keluarganya melalui Jalan Long Sulaiman menuju ke tanah perkubuhan berhampiran.

Pemimpin PAS termasuk Dr Hatta Ramli dan Dzulkefly Ahmad kelihatan mendahulu kumpulan di hadapan.

Pada masa yang sama, orang ramai berasak-asak untuk menatap jenazah Nik Aziz.

10.32am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kelihatan di dalam salah sebuah kenderaan polis yang menuju ke tanah perkuburan.

10.18am
: Terdapat kehadiran anggota polis di kalangan 10,000 orang yang bertumpu ke Pulau Melaka. Ada yang dilihat berjabat tangan dengan anggota polis sambil mengucapkan 'terima kasih atas khidmat mereka.

10.15am: Bagi Normadiah Abdul Rahman, 59, beliau sedih dan terharu melihat puluhan ribu yang menunaikan solat jenazah itu.

Sambil menangis, dia yang tinggal di Kampung Senang, Pulau Melaka berkata, jasa Nik Aziz akan sentiasa diingati, memandangkan mursyidul am PAS itu menyerahkan seluruh kehidupannya untuk Islam.

"Saya tak pernah lihat ramai sangat solat begini. Saya takut tak ada yang boleh ganti dia. Hidup dia untuk Islam," katanya sambil mengesat air mata.

10am: Ribuan menunaikan solat jenazah. Mereka bersolat di sepanjang jalan sehingga ke masjid Tok Guru.

Selepas selesai, mereka mula berarak menuju ke tanah perkuburan.

9.50am: Ketibaan ustaz popular Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana seketika. Rata-rata teruja ketika Ustaz Azhar menuju ke perkarangan masjid.

Dan pada ketika ini juga, orang ramai sedang bersedia untuk menunaikan solat jenazah.



9.35am: Orang ramai mula melaungkan takbir apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tiba di perkarangan masjid Tok Guru.

Takbir yang berterusan itu dilaungkan kuat dan berlanjutan selama kira-kira lima minit, ketika Najib berjalan menuju ke masjid.

9.30am: Semakin ramai menuju ke Pulau Melaka dan berkumpul di sepanjang Jalan Long Sulaiman.

Menurut agensi berita nasional Bernama, jumlah hadirin mencecah "puluhan ribu".

9.20am: Berlaku sedikit kekecohan di dalam masjid ketika pengacara menggesa orang ramai dan media supaya tidak mengambil gambar atau membuat rakaman video jenazah Nik Aziz.

Katanya, ia adalah atas pemintaan keluarga Nik Aziz.

Ekoran itu ada yang menjerit terhadap mereka yang membuat rakaman di dalam masjid, sehingga mendorong pengacara campur tangan dan menggesa supaya bertenang.

9.15am: Lim Guan Eng dijemput untuk berucap kepada orang ramai.

Guan Eng berkata Nik Aziz menjadi mentor kepada kepada ketua menteri dan menteri besar Pakatan Rakyat.


9.05am: Setiausaha Agung PAS Datukl Mustafa Ali berucap kepada hadirin dari dalam masjid.

Beliau berkata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut hadir selepas tiba dari Pulau Pinang pagi ini.

Beliau juga berkata pemergian Nik Aziz secara kebetulan dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

"Apa juga yang berlaku kepada kita, kita akan terus berjuang," katanya sambil mengingatkan mereka tentang nasihat Nik Aziz bahawa walaupun tiada lagi pemimpin, mereka mesti meneruskan perjuangan.

Ucapannya itu disambut dengan laungan "Allahuakbar"

9.00am: Jet yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak membuat pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

8.59am: Jenazah Nik Aziz kini berada di dalam Masjid Tok Guru. Orang ramai melaungkan takbir semasa jenazah itu dibawa.

Orang ramai diberi peluang untuk ziarah dan menatap wajah Nik Aziz buat kali terakhir.

Selain itu, ahli keluarga juga meminta supaya orang ramai tidak merakamkan gambar ketika berada di dalam masjid.

8.30am: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berucap kepada orang ramai. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang.

Beliau yang kelihatan sedih berkata, Kelantan telah kehilangan seorang pemimpin besar.

Sebelum itu, pengumuman dibuat, memaklumkan bahawa jenazah Nik Aziz akan dibawa keluar dari masjid pada pukul 10 pagi.

8.20am: Suasana di dalam rumah suram dan sugul. Pada ketika ini, jenazah Allahyarham Nik Aziz sedang dimandikan.

8.15am: Sekurang-kurangnya tiga ribu orang berada di sekitar rumah Allahyarham Nik Aziz.

Terdapat sebuah masjid yang terletak di dalam kawasan kediamannya. Mereka menunggu untuk menunaikan solat jenazah.

Di Jalan Long Sulaiman pula, orang ramai sedang beratur - dianggarkan sepanjang dua kilometer - menuju ke rumah Nik Aziz.

8.00am: Suasana di lapangan terbang Sultan Ismail Petra sesak dengan kehadiran orang ramai untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz


Kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan van khas untuk ahli politik dan media dari lapangan terbang ke kediaman Nik Aziz di Pulau Melaka. Kenderaan khas yang disediakan sebanyak kira-kira 10 buah, digunakan bagi  memasuki jalan-jalan yang ditutup antaranya di persimpangan untuk memasuki kawasan Masjid Tok Guru di mana jenazah dijangka akan disolatkan di situ.

Antara yang dilihat tiba dengan penerbangan awal dari Kuala Lumpur ialah ahli jawatankuasa PAS pusat Dzulkefly Ahmad dan Hanipa Maidin. 
(Malaysiakini)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..

E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails