Tuesday, February 10, 2015

NYT: 'Harta Pusaka Sumber Kekayaan Najib'

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "menerima harta pusaka" sebagai sumber kekayaannya, pejabatnya dilaporkan berkata.

Akhbar berpengaruh The New York Times memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sewaktu menjelaskan sumber kekayaan tokoh politik itu.

Akhbar itu juga menyebut beberapa keping gambar isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan pelbagai jenis beg tangan mahal yang tersebar meluas di media sosial.

Ia juga mendakwa ia memperolehi salinan invois bernilai berjuta-juta dolar pesanan barangan kemas beliau di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times menyiarkan kenyataan PMO dalam laporannya hari ini berkaitan ahli perniagaan Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.

Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood yang dilakukan Riza.

"Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London.

"Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan Dumb and Dumber To," akhbar itu dipetik.

Menariknya, akhbar tersebut turut menyiarkan berita yang sama di dalam bahasa Melayu. Lihat

Urusan pelaburan di AS oleh seorang rakyat Malaysia yang rapat dengan ramai orang ternama menimbulkan tanda tanya - NYTime 
(MK) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails