Saturday, February 21, 2015

Pemangku Dewan Ulama PAS: Kaji Balik Tahaluf siyasi.

Dewan Ulama PAS akan kaji tahaluf siyasi 
Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat kajian ke atas tahaluf siyasi, iaitu kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutut mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP. - Foto Astro AWANI
SERDANG: Dewan Ulama PAS Pusat akan membuat kajian ke atas tahaluf siyasi, iaitu kerjasama politik di antara parti itu dengan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP.

Menurut Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob, kajian itu perlu  bagi memperbaiki beberapa perkara dari masa ke semasa untuk mencantikkan serta melengkapkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga parti tersebut.

Bagaimanapun beliau mengingatkan ahli-ahli PAS supaya tidak berlaku 'walak' kepada rakan tahaluf kerana kerjasama tersebut adalah bagi mencapai tujuan bersama tanpa mengenepikan dasar parti.

"Jangan sampai berlaku prinsip-prinsip Islam dibiarkan tidak dipertahankan demi menjaga tahaluf siyasi," tegas Ahmad di hadapan kira-kira 1,000 ahli PAS pada Multaqa Ulama Malaysia kali ke-2 pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, menafikan akan berlaku pembatalan dengan kajian tersebut dan meminta semua supaya jangan menyelar tindakan Dewan Ulama PAS itu.

Namun katanya, meskipun tahaluf merupakan sesuatu yang diharuskan, ianya bukanlah matlamat asas yang mesti dicapai.

Jelas Ahmad, Allah membenarkan sesuatu tahaluf itu dileraikan sekiranya kerjasama tersebut telah dirosakkan oleh pihak rakan tahaluf lain.

"Ini disebabkan pengkhianatan dalam tahaluf adalah jalan kepada kemusnahan kekuatan tahaluf dan tiada lagi manfaat kepada tahaluf itu," katanya.

Bagaimanapun, tegasnya PAS memutuskan akan tetap bersama dengan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan dari komponen parti dalam Pakatan Rakyat.(astroawani)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails