Wednesday, February 18, 2015

Tahun Baru Cina: Amanat Allahyarhan Tok Guru Nik Aziz.


Oleh
Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS,

SAYA ingin mengucapkan kepada semua masyarakat berbangsa Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 14 Febuari 2010. Selamat Tahun Baru.

Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah tahun harimau.

Harimau melambangkan keberanian, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih ke hadapan di dalam apa jua bidang.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua khususnya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di negara kita dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India.

Kita telah bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semua.

Islam sebagai agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Lantaran itu, Islam memerintahkan agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama.

Semua pihak mendapat hak di sisi Islam. Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain melainkan dengan takwa.

Lantaran itu, mewakili pimpinan kerajaan Kelantan, saya sentiasa ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Islam yang menjadi dasar pemerintahan kerajaan tidak akan sama sekali menjadi penyebab berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi, bahkan akan sentiasa menjadi penyelesai kepada masalah dengan dasar yang adil dan saksama.

Semoga masyarakat Tionghua di Malaysia dan di Kelantan khususnya terus memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata, Gong Xi Fa Cai kepada semua.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan/Mursyidul Am PAS
Kota Bharu 14 Feb 2010

Video (klik  gambar): Perutusan Tahun Baru Cina TG Nik Abdul Aziz
Thumbnail

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun Tok Guru Nik Aziz sudah pergi namun amanatnya masih ada dan masih hidup lagi. Masih boleh dinikmati untuk Tahun Baru Cina ini.

Berdasarkan kalendar zodiak Cina, tahun ini ialah tahun kambing, namun ada segelintir yang menyebutnya sebagai tahun biri-biri. Malah kebanyakan barangan perhiasan dan cenderahati Tahun Baru Cina didapati bermotifkan biri-biri.

Menurut pakar Feng Shui dan pengasas Good Feng Shui Geomantic Research, Kenny Hoo, masyarakat Cina lebih gemar menyebut kambing atau pun “goat”. Dalam bahasa Mandarin, “San Yang” atau kambing mempunyai maksud yang sama dengan “mian yang” atau biri-biri.

“Saya lebih suka tahun kambing atau ‘Year of the Goat’ sebab bunyinya lebih positif,” katanya.

Tahun Kambing atau Tahun Biri-biri?

Malahan, masyarakat Tiong Hua amat berhati-hati dengan apa yang disebut, terutamanya pada Tahun Baru Cina, kerana dipercayai dapat menjejaskan tuah.

“Dalam Tahun Baru Cina, ramai orang, terutamanya orang Cina, tidak mahu menyebut apa-apa perkara yang negatif kerana kami percaya daripada segi kebudayaan, kalau dalam Tahun Baru Cina, kita sebut atau fikir perkara negatif, kami bimbang sepanjang tahun akan membawa nasib yang kurang baik.”

Biarpun kambing lebih digemari sebagai haiwan yang dinamik dan bertenaga berbanding biri-biri, namun kebanyakan barang perhiasan yang dijual sempena Tahun Baru Cina adalah bermotifkan biri-biri, kerana ia dilihat lebih comel. Sama ada kambing mahupun kambing biri-biri, mereka mempunyai maksud yang lebih kurang sama, iaitu “yang”, di mana dalam bahasa Mandarin mempunyai bunyi yang lebih kurang sama dengan matahari terbit.

Kenny Hoo turut berharap tahun ini akan membawa harapan dan nafas baru kepada semua di dalam tahun kambing ini. Dalam sejarah Islam, kambing sangat penting dalam upacara ibadat 'korban' dan Nabi Muhammad SAW zaman mudanya adalah pengembala kambing.


Kambing Hutan Sumatera ditemui di hutan di Malaysia yang semakin pupus.

Wablog Ibnu Hasyim turut mengucapkan, Selamat Tahun Baru Cina!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails