Saturday, February 21, 2015

Abdul Hadi Berpotensi Jadi Ketua Pembangkang - PAS

Abdul Hadi Awang
KL: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau melihat tidak ada masalah jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang yang baharu, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Bagaimanapun, beliau berkata Abdul Hadi perlu mendapatkan sokongan sebulat suara daripada Pakatan Rakyat, bukan hanya daripada PAS sahaja.

"Jika semua boleh menerima beliau sebagai ketua pembangkang yang baharu, saya tidak fikir bahawa ia akan menjadi masalah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz berkata, majlis kepimpinan Pakatan Rakyat masih belum membincangkan mengenai penggantian itu memandangkan mesyuarat yang sepatutnya diadakan telah ditangguhkan berikutan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terdapat panggilan oleh ulama dalam parti untuk mencalonkan Abdul Hadi sebagai pemimpin pembangkang yang baharu kerana beliau adalah seorang ulama Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pakatan pembangkang telah ditinggalkan tanpa pemimpin apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan lima tahun hukuman penjara terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila Perlembagaan melarang sesiapa yang didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih dari satu tahun daripada berkhidmat sebagai ahli Parlimen.

Beliau mempunyai sehingga Selasa depan untuk memfailkan pengampunan Diraja sebelum secara automatik hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen. (mStar)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails