Saturday, February 21, 2015

Siapa Obama Bercakap Fasal Aqidah Islam?


WASHINGTON – Presiden Barack Obama kelmarin menyeru dunia bersatu menghadapi pihak yang menyalahgunakan nama Islam untuk menghalalkan keganasan.

Beliau yang merujuk kepada kumpulan militan Islamic State (IS) berkata, komuniti Islam khususnya mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan tanggapan serong mengenai Islam.

Berikutan perkembangan kumpulan IS dan pengganas yang semakin kuat bertapak di Timur Tengah dan Afrika, Obama cuba menggunakan persidangan keganasan puak pelampau anjuran White House di sini minggu ini untuk mengajak dunia meningkatkan tindak balas melangkaui campur tangan tentera.

Serangan udara Amerika Syarikat (AS) setakat ini berjaya mengurangkan penguasaan militan di Iraq dan Syria tetapi tindakan itu tidak mampu menangani ideologi pelampau yang menjadi pendukung kumpulan ganas seperti IS, al-Shahab dan Boko Haram.

Pada sesi penutup persidangan di Jabatan Negara AS itu, Obama menyeru delegasi dari 65 negara untuk ‘berdepan dengan ideologi songsang’ kumpulan-kumpulan pengganas berkenaan.

“Pengganas-pengganas ini terdesak untuk diperakui dan kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menolak fahaman yang kononnya kumpulan seperti IS mewakili Islam kerana itu satu dusta dan dongengan pengganas,” katanya.

Beliau turut menyeru komuniti-komuniti Islam untuk menentang gambaran kononnya dunia Barat kini berperang dengan Islam.

“Komuniti Islam, termasuk cendekiawan dan ulama, mempunyai tanggungjawab untuk menolak fahaman songsang tentang Islam serta penipuan kononnya kita sedang berdepan pertembungan antara tamadun.
“Seolah-olah AS dan Barat sedang berperang dengan Islam dan cuba melemahkan umatnya, umpama kami yang menjadi punca semua masalah di Timur Tengah,” tegas Obama. – AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "Serangan udara AS setakat ini berjaya mengurangkan penguasaan militan di Iraq dan Syria tetapi tindakan itu 'tidak mampu menangani ideologi pelampau' yang menjadi pendukung kumpulan ganas seperti IS, al-Shahab dan Boko Haram."

AS kini seolah terdesak, kerana mereka yang melebelkan 'pelampau' kepada pemikiran aqidah Islam yang dianuti zaman berzaman. Umat Islam akan bangkit, apabila Islam ditekan dan ditindas. Itulah lumrah manusia. Kalau AS tidak mahu Islam bangkit jangan zalimi, tekan dan tindas manusia Islam dan seluruhnya. Binatang atau kucing yang jinak itupun kalau dipijak ekornya akan terkejut menggigit!

Jelasnya, siapa Obama yang bercakap fasal aqidah Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails