Monday, February 16, 2015

Diskusi Hina Nabi: Serangan Ke 2 Copenhagen -1 Mati 2 Polis Cedera.

1 maut, 2 cedera dalam serangan kedua di Copenhagen Pihak berkuasa belum dapat mengesahkan jika kejadian ada kaitan dengan serangan maut pada Sabtu di sebuah pusat budaya (gambar). -AFP

Lelaki bertopeng ini (kanan) pelaku dalam serangan pertama Sabtu juga berjaya melepaskan diri.
 
COPENHAGEN: Seorang mangsa yang ditembak di kepala dalam insiden serangan kedua di Copenhagen hari ini meninggal dunia. Sementara itu dua anggota polis pula cedera di lengan dan kaki, menurut satu kenyataan awal pada Ahad.

Pihak berkuasa belum dapat mengesahkan jika kejadian ini ada kaitan dengan serangan maut pada sabtu di sebuah pusat budaya di sini di mana perdebatan mengenai Islam dan kebebasan bersuara diadakan.

"Kami belum dapat mengeluarkan kenyataan tentang mangsa yang cedera," kata polis Copenhagen.
"Penembak berjaya melarikan diri," katanya.

Kejadian tembak-menembak berlaku di Krystalgade, sebuah jalan yang menempatkan rumah ibadat utama di Copenhagen. Stesen kereta api Noerreport berhampiran lokasi telah dikosongkan, agensi berita Denmark Ritzau melaporkan, memetik kenyataan pengendali kereta api DSB.

Sebelum ini..
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails