Tuesday, February 17, 2015

Subuh Yang Sayu Tanpa Tok Guru Nik Aziz..


Oleh Mohd Firdaus Madzlan
Walaupun di Malaysia ada orang menggelarnya 'Bapak Kafir' tapi kematiannya diumumkan di Masjid Nabawi Madinah (Takziah dari Masjid Nabawi). Hmmm, yang gelar bapak kafir tu gelap sungguh hati dia. Semoga Allah ampunkan mereka yang menghina dan mencerca Tuan Guru Nik Aziz.

Wajah terakhir Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
SUBUH pagi yang sangat sayu di Masjid Pulau Melaka tanpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA)

Selesai solat subuh yang diimamkan oleh Ustaz Nik Omar... beliau meneruskan dengan tazkirah subuh sabtu yang selalunya disampaikan oleh TGNA sebelum ini..

"Puluhan ribu yang ziarah ayah semalam disini semuanya doakan kebaikan untuknya. Satu dunia maklum akan berita kematian ayah sehingga dikatakan kematian ayah diumumkan di Masjid Nabawi Madinah jumaat semalam " ujarnya yang merupakan anak kedua TGNA

Ustaz Nik Omar berkongsi cerita mengenai kehidupan TGNA yang cukup serderhana. Tidak banyak harta yang ditinggalkan untuk anak2 kecuali ilmu dan qudwah

Bila ayah sakit..anak-anak bertanya... ayah sakit apa..jawabnya hanya "tiada tenaga" sahaja... Itulah semangat TGNA sehinggakan beliau berhasrat turun banjir tempoh hari walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Sangat menyentuh hati ini..bila ust nik omar sebut "Tiada benda dalam dunia yang paling manis bagi TGNA kecuali hanyalah PERJUANGAN nya " tak pernah letih dengannya.. TGNA berjuang sampai mati..

Kelmarin pihak keluarga mohon pihak hospital buat persiapan segera utk bawa TGNA pulang ke rumah.. Pihak keluarga telah menyediakan satu bilik khas dalam rumah dengan persedian alat-alat.

ketika nak dibawa pulang TGNA ke rumah jam 8 mlm..Keadaan TGNA sangat lemah dan masih tidak sedarkan diri tetapi beliau dapat mendengar..Buktinya mulutnya berkumit2 dan menangis dalam keadaan matanya terpejam bilamana dimaklumkan malam ini ialah Malam Jumaat... seolah2 dia tahu dia akan pergi.. Allah ..

Saya bertemu dengan ust nik omar sejurus habis tazkirah.. " Tiada seorang adik beradik dapat menggantikan tempt TGNA.. sebab satu sifat hebat yang ada padanya ialah " ISTIQAMAH" -katanya

"Teruskan Istiqamah "


Pulau Melaka
7.30 pagi
14 Feb 2015
ex-pelajar SMUDA Pulau Melaka

Lihat... 
E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka.

E-Buku IH-100: Nik Aziz, Pemimpin Dunia Dari P/Melaka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails