Friday, February 20, 2015

Penceramah Bebas Wan Ji Wan Ditahan JAIS 9.45 Malam Tadi.


Penceramah bebas Wan Ji ditahan Jais kerana didakwa beri ceramah tanpa tauliah
Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33 ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira jam 9.45 malam tadi atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah. - Gambar fail 
KL: Penceramah bebas Wan Ji  Wan Hussin, 33, ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) kira-kira jam 9.45 malam tadi atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah.

Dia yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (Pas) cawangan Selangor ditahan selepas memberi ceramah di sebuah masjid di Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.

"Tadi saya mengajar kelas hadith hukum selepas Maghrib hingga 9.00 malam. Mereka (Jais) merekod segala ceramah saya tadi dan selepas ditahan saya dibebaskan atas jamin mulut (jaminan polis) daripada kawan saya.

"Saya perlu ke Ibu Pejabat Jais pada 23 Februari untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI tadi.

Wan Ji sebelum ini pernah didakwa menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook.

Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
(astroawani)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails