Wednesday, August 20, 2014

S'gor: PAS Sangat Bertoleransi. Bagaimana Dg 2 Adun Gopoh?




PAS telah mencapai tahap toleransi tertinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat melalui persetujuan sebulat suara mesyuarat Ahli Jaatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lepas.

"Kemelut ini menjadi pengajaran sangat berguna kepada kita semua dalam mengemudi hubungan komponen Pakatan Rakyat supaya lebih terarah dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih harmoni dan rasional serta diputuskan secara bersama," ujar Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Menurut sumber Harakahdaily.

Tambahnya yang juga Adun Templer. , sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen PAS adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama PAS sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, menurut Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu menangguhkan tindakan terhadap dua Adunnya yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, sehingga isu tersebut selesai.

Beliau juga mengesahkan menerima laporan PAS Selangor berhubung sokongan Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Adun Morib kepada Wan Azizah menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, seperti lapor Sinar Harian.

"Ya, kita dan terima laporan tapi tunggu dululah krisis Selangor selesai, lepas itu kita fikir apa nak buat.
(IH)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

4 comments:

Anonymous said...

Pas perlu mengambil tindakan keatas 2 adun yang menyokong PR.Tetapi Pas juga perlu tegas mengambil tindakan ke atas 4 adun yang menyokong Khalid dan juga keatas TGHH yang membuat kenyataan terbuka menyokong Khalid ,barulah adil.

Anonymous said...

Pas perlu mengambil tindakan keatas 2 adun yang menyokong PR.Tetapi Pas juga perlu tegas mengambil tindakan ke atas 4 adun yang menyokong Khalid dan juga keatas TGHH yang membuat kenyataan terbuka menyokong Khalid ,barulah adil.

bat8 said...

Tuan,

Hakikatnya keputusan mesyuarat AJK Pusat PAS tempohari adalah keputusan yang terpaksa dibuat. Jika kita lihat cacatan Dr Muhaimin, sebaik sahaja mesyuarat bermula, TGHH terus mencadangkan nama DSWA sebagai calon MB Selangor mengantikan TSKI.

Bagi yang mengenali dan memerhati kecenderongan arah politik konservatisma TGHH, susah untuk dia menukar pendiriannya. Kita telah lihat banyak u-turn TGHH dimasa lalu, apabila membangkitkan isu kontreversi, ianya dibuat bila dia terdesak dan pilihannya hanya membuat u-turn.

Titik tolak kepada perubahan ini ialah apabila 2 Adun Pas menyokong DSWA sebelum AJK PAS Pusat bermesyuarat pada 17 ogos.

Dengan tindakan kedua Adun PAS itu, jika PAS masih bert3gas dengan p3ndirian peribadi TGHH ( juga p3ndirian Puak UG), ia tidak membawa apa-apa manafaat kepada PAS. Pertama Pakatan sudahpun mempunyai majoriti dengan sokongan 2 Adun PAS tersebut. Kedua, dengan majoriti berpihak kepada Pakatan/DSWA, PAS akan kelihatan pelik jika masih mahu menyokong TSKI.Tindakan PAS untuk menolak DSWA sebelumnya adalah selari dengan kehendak puak UG PAS.

Tindakan kedua Adun PAS itu sangat signifikan kearah menamatkan k3melut MB Selangor dan mengekalkan Pakatan sebagai gabungan majoriti di DUN Selangor.

Juga mematikan ag3nda puak UG di dalam PAS yang dilihat mempunyai upperhand dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS , yang mereka kuasai.

Yang paling menarik yang mahu kita perhatikan dihari mendatang tentang tindakan k3dua Adun ini ialah bagaimana PAS akan bertindak setelah m3ngeluarkan kenyataan bahawa kedua Adun ini akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS.

bat8 said...

Tuan Haji

....minta sambung skit lagi

Sekarang PAS seeang menjalankan pelbagai usaha untuk memperbaiki imejnya dan imej peribad TGHH yang tercalar teruk didalam krisis MB Selangor. Macam-macam kenyataan dikeluarkan seperti Baginda Sultan Selangor panggil Haji Hadi mengadap dsb.Dalam masa sama, puak UG akan m3nggunakan kesempatan yang ada untuk coverline sabotaj mereka. Ini kena kita perhatikan.

Harap puak PAS berhati-hati dalam tindakan mereka. Kerana apa-apa pun jika te4lebih buat, lain hasilnya dari yang dikehendaki.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails