Sunday, August 17, 2014

4 Sebab Mengapa W/Azizah Tidak Layak DiPilih MB S'gor.


wan-azizah_wan_ismail
Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat MB Selangor

PETALING JAYA: “Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat sebagai Menteri Besar  bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tiada seorang pun ADUN PKR di Selangor  yang beragama Islam adalah anak jati negeri itu. Berbanding ADUN PAS, tiga daripada empat EXCO mewakili PAS adalah anak Selangor,” jelas Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB).

Penaja PASMEB, Mazli Saring, berkata jika PKR berhasrat untuk terus menamakan calon daripada parti berkenaan, sewajarnya hanya calon yang lahir di Selangor saja dibenarkan menduduki jawatan itu.

Dakwanya, langkah meletakkan wakil PAS sebagai Menteri Besar baharu bukan satu isu besar jika Abdul Khalid terus didesak melepaskan jawatan asalkan individu itu adalah daripada kalangan yang amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

“Malah titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor tetapi diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor,” katanya.

Tiga EXCO PAS yang didakwa layak diberi jawatan Menteri Besar Selangor ialah
  • ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor; 
  • Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan 
  • Sallehin Mukhyi (ADUN Sabak). 
Selain itu beliau turut menyarankan supaya PKR, PAS dan DAP di Selangor menonjolkan 70 peratus calon daripada anak tempatan pada PRU-14 bagi mengelak berulang krisis kepemimpinan. (FMT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengikut kenyataan  di atas, wakil rakyat PAS memng layak diangkat sebagai Menteri Besar  Selangor bagi menggantikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sekurang-kurangnya 4 sebab ini..
  • Kerana 3 Exco PAS anak jati Selangor beragama Islam, sedangkan PKR tiada. Dalam titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor.
  • Memandangkan ADUN PAS (15) melebihi ADUN PKR (14), walaupun ADUN DAP (15) sama dengan PAS.
  • Kerana Selangor sering bermasalah mengenai hal-hal berkaitan agama, dan perlu penyelesaian menurut Islam, maka amat lebih layaklah MB Selangor terdiri dari kalangan parti Islam (PAS) yang ramai tokoh-tokoh Islam di dalamnya. Contohnya masalah isu Biblle, murtad, kilang arak dll.
  • Dalam Islam melantik perempuan sebagai pemimpin termasuk perkara khilafiah [lihat.. Wan Azizah Jadi MB S'gor, Bagaimana Dalam Islam ... (Tazkirah 7)] maka 'mudahkanlah jangan persulitkan' dengan melantik pemimpin lelaki sahaja sebagai MB Selangor.
Sekian.
 

Lihat sebelum ini.. 

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
  E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?

6 comments:

Tinta Asyraf said...

Assalamualaikum admin, saya nak mohon tuan admin listkan blog saya ke dalam bloglist tuan admin boleh tak? blog saya www.tintaasyraf.com dan http://bekamdanurutkerumahanda.blogspot.com/

terima kasih tuan admin

Anonymous said...

azizah urus PKR sebagai presiden macam mana? kalau ok layak ler jadi MB. tapi kalau nak urus parti sendiri pun tak mampu, takkan ada hati lagi mau jadi MB? sendili mau ingat ma!

sizzly7761 said...

Apa pendekatan PAS tentang masalah agama di Selangor? Jangan nanti sama macam UMNO! Nak menyelesaikan masalah bible pun PAS senyap dan lebih bersifat oportunis inikan masalah moral... memang PAS ramai lebai @ ustaz tapi yang ada 'telor' dan ada wisdom tak ramai.... yang ramai ialah yang jenis ustaz cari makan...

Anonymous said...

Betul pandangan sizzly

Anonymous said...

Apa yang betulnya?

Ce cite ce cite.

Miss Vee said...

This Is What You Really Want !!
Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails