Thursday, August 21, 2014

P'jaya PAS Selangor Jadi MB, Jika Sultan Menolak 2 Calon PKR....




Wajarkah Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Ab Samad dilantik jadi menteri besar Selangor?  

Namun beliau berkata partinya tidak ada sebarang rancangan untuk menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Sebaliknya, kata beliau, PAS masih berpegang pada konsensus bahawa kerusi menteri besar itu adalah milik PKR.

"Kita tak bincang (isu PAS jadi menteri besar).
"Kita tak bincang cuma (ikut keputusan) mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR,  jadi kita tak bincang lagi hal ini," katanya.

Iskandar (kanan) yang ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang melaporkan ulasan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Sivamurugan Pandian mengenai isu menteri besar Selangor.

Akhbar itu memetik Sivamurugan sebagai berkata PAS boleh mencadangkan Iskandar sebagai calon menteri besar jika Sultan Selangor menolak dua calon dari PKR dan mahu PAS memberi calonnya. Iskandar merupakan satu-satunya exco kanan yang kekal dibawah pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Iskandar bagaimanapun menegaskan bahawa PAS Selangor akan tetap mengikut keputusan PAS pusat. Beliau berkata semua empat exco PAS akan terus bekerjasama memastikan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor diteruskan.

"Saya nak merujuk keputusan PAS pusat pada 17 Ogos lalu, kita akan terus bekerja sehingga diberitahu kelak untuk memastikan segala perkhidmatan kerajaan diteruskan," katanya.


Iskandar turut menegaskan bahawa semua program negeri yang dirancangkan sebelum ini akan diteruskan seperti biasa tanpa masalah.

"Saya juga nak beritahu bahawa program seperti Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain masih diteruskan seperti biasa," katanya. (IH/MK)


Lihat sebelum ini.. 

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

1 comment:

bat8 said...

Tuan Haji

Sivamurugan Pandian ini adalah tukang spinner UMNO no.1. Seorang penyokong fanatik UMNO yang menjadi pakar politik Utusan Malaysia. Bila ada je keadaan UMNO tersepit atau UMNO mendapat peluru hendak tembak pembangkang,inilah orangnya yang akan digunakan untuk menembak peluru kearah pembangkang.

Macam-macam topi dia pakai. Penganalisis politik, pensyarah le. Dia ni adalah gandingan bergu dengan naib canselor UUM sekarang - Dato Mohamed Mustafa.

Dato Mohamed Mustafa ni selalu muncul di utusan atau kalau ada program komentar politik untuk menghentam pembangkang - inilah orang yang RTM, TV3 akan cari. Dia begitu aktif masuk tv3 sejak menjelang PRU 12 lagi.

Sorang lagi ialah Prof Ahmad Atory juga dari USM. Tapi dia boleh dikira sebagai 2nd ranking kepada yang 2 diatas.

Ingat tak dulu UMNO dan Utusan suka menggunakan Prof Zainal Kling untuk menembak pembangkang. Tapi sekarang dah slow down sebab kantoi dalam isu Mat Indera dulu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu.

Jadi dengan sedikit pencerahan ini, kita dapat tahu siapa spinner UMNO/Utusan/RTM/TV3 bagi UMNO dan kita tak terperangkap dengan topeng akademik yang msreka pakai.

Tujuan statemen diatas pertama hendak alih pandangan rakyat dari precedent keputusan mahkamah federal mengenai kes kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak. Kedua untuk mencucuk sentimen penyokong PAS untuk menuntut kerusi MB Selangor. Itu je tujuan komen si siva tu. Kalau nak tahu pedangai mamat ni perati setiap kali dia bukak mulut. Mesti dia cuba spin untuk UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails