Sunday, August 17, 2014

Tahniah Presiden PAS! Keputusan Bijak, Kekal Pakatan, Tak Tuntut Jawatan MB..

Orang ramai, petugas, pemimpin PAS dan wartawan memenuhi perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) hendak memasuki mesyuarat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014.  
Orang ramai, petugas, pemimpin PAS dan wartawan memenuhi perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) hendak memasuki mesyuarat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014.  

PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.
"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Keputusan bijak PAS tanda kematangan. Mencantum dan merapatkan aliran-aliran fikiran dalam PAS dan dalam PKR sendiri. 

Tahniah Presiden PAS! (IH) 

Sila lihat.. 


E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails