Wednesday, August 20, 2014

Dokumen ‘Langkah Kajang’ Palsu Yang Tersebar -PKR Nafi.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dikatakan tulang belakang pencipta Langkah Kajang. Gambar fail The Malaysian Insider.




Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dikatakan tulang belakang pencipta Langkah Kajang. Gambar fail The Malaysian Insider. 



PKR menafikan pengeluaran dokumen palsu yang dikatakan ditulis Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkenaan "Langkah Kajang", kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, gerakan Langkah Kajang yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada mulanya dikenali sebagai "Serampang Kajang".

"PKR mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab musuh politik kami," kata Fahmi dalam stu kenyataan hari ini.
"Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh politik PKR enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno," katanya.

Langkah Kajang yang dirangka Rafizi dikatakan langkah untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Strategi berkenaan kemudiannya menyaksikan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding di kerusi tersebut, selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi berkenaan untuk ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar terlucut kelayakan bertanding apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadapnya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2006. Kesinambungan Langkah Kajang berkenaan kemudian diteruskan apabila PKR memecat keahlian Khalid daripada PKR apabila beliau enggan melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada Dr Wan Azizah.

Khalid kini memerintah Selangor dengan 4 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS apabila beliau bertindak memecat 6 exco PKR dan DAP. PAS yang sebelum ini menyokong Khalid bagaimanapun pada Ahad mengumumkan menyokong Pakatan Rakyat (PR) menghantar nama Dr Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar.

Selain itu, PAS turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk jawatan berkenaan. Azmin bagaimanapun menolak jawatan berkenaan kerana mengutamakan keputusan parti. – 20 Ogos, 2014. (IMI)

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails