Saturday, August 23, 2014

13 ADUN PAS S'gor Enggan Tandatangan Sokong W/Azizah. Mengapa?

 
13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu. Malaysiakini dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan. Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan secara bertulis kepada PKR untuk menyokong Wan Azizah.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini." Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan "dalam masa terdekat" bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

Malaysiakini difahamkan, perakuan bertulis itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang. Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS.

Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah. Menurut sumber tersebut, para wakil rakyat tersebut berbuat demikian kerana “tidak mendapat arahan” dari pimpinan PAS Pusat untuk menandatangani sebarang sokongan atau perakuan untuk menyokong Wan Azizah.

Setakat ini, hanya dua orang ADUN PAS yang menandatangani dokumen tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat sedikit bergolak kerana parti Islam itu tidak menyatakan sokongan secara terbuka ke atas keputusan memecat menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, 9 Ogos lalu.

PAS juga tidak menyatakan sokongan bulat ke atas usaha PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar baru. Sikap yang ditunjukkan PAS itu merumitkan PKR, lebih-lebih lagi apabila parti Islam itu turut mencadangkan Azmin Ali sebagai calon alternatif, walau timbalan presiden PKR itu sendiri menolak cadangan tersebut. (MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

2 comments:

Anonymous said...

Klu disokong, susah nak dijawab di Akhirat nanti.

bat8 said...

Tuan,

Seperti yang pernah saya kata dahulu, PAS elok keluar dari Pakatan untuk bergerak secara bersendirian atau bekerjasama dengan UMNO dan 13 lagi komponen BN yang semuanya parti-parti bukan melayu dan bukan Islam yang mempunyai 13 jenis kepentingan mengikut kaum yang mereka wakili yang akan berada di belakang UMNO.

Jika PAS beke4jasama dengan UMNO, setiap tindakan oleh UMNO akan mengambilkira kepentingan 13 parti komponen BN ini kerana mustahil UMNO mengabaikan kepentingan mereka kerana sumbangan kerusi-kerusi mereka amat penting bagi UMNO dan BN.

Dsinilah kecerdikan PAS yang menyebabkan bijak pandai tidak boleh faham. Dalam Pakatan, PAS hanya berhadapan dengan sebuah parti kapir dan satu kaum sahaja, DAP - itu pun gagal. Asyik nak bergaduh sahaja.

Jika PAS bekerjasama dengan UMNO, PAS kena hadapi bukan sahaja UMNO ( ini secara direct) tetapi 13 lagi parti kapir yang mewakili 13 jenis kepentingan. Kita tak perlu ada double PHD dalam bidang sains angkasa untuk faham, dalam hubungan dengan PAS, setiap langkah dan tindakan UMNO PASTI akan mengambilkira kepentingan 13 parti komponen BN ini kerana sumbangan kerusi-kerusi dari mereka ini amat penting untuk mastikan UMNO terus berkuasa melalui BN.

Jadi kita balik kepada persoalan pokok - cerdik atau bodoh PAS menolak dari berhadapan dengan 1 parti kapir didalam PAS tetapi tergila-gila hendak menghadapi 13 parti kapir yang menjadi rakan UMNO didalam BN ? Jadi ahli-ahli PAS pikir le sendiri.

.............

Jika benar alasan 13 ADUN PAS Selangor tak mahu menandatangani sokongan bertulis kerana arahan pucuk pimpinan - ini menunjukkan PAS bukanlah rakan di dalam Pakatan yang boleh dipercayai dan tidak ikhlas biĺa berpakat.

Apabila membaca cacatan Dr Muhaimin tentang perjalanan mesyuarat AJK PAS Pusat pada 17 ogos lalu dimana TGHH terus mencadangkan nama DSWA sebagai calon MB mengantikan TSKI yang sudah dipecat dari PKR - saya sudah menaruh bimbang bahawa tindakan TGHH, pertamanya, untuk menyelamatkan batang tengkoknya yang dikritik hebat ekoran statement peribadinya menyokong TSKI dulu. Kedua, apabila 2 Adun PAS menyokong DSWA bersama-sama Adun-Adun PKR & DAP, PAS sudah mati langkah kerana DSWA sudah memileki majoriti di DUN Selangor.

Sekarang apabila timbul kemungkinan Baginda Sultan Selangor menolak DSWA sebagai MB, cerita TGHH dijemput mengadap baginda, keengganan 13 Adun PAS menandatangani sokongan kepada DSWA - plot permainan pemimpin PAS sudah mula jelas. Mereka sebenarnya mahu menubuhkan kerajaang perpaduang UMNO +PAS+TSKI dengan menubuhkan kerajaan minoriti dengan MB dari PAS.

Kita lihat kesudahan episod ini kerana Baginda Sultan Selangor akan berangkat pulang 24 ogos ini. Harap-harap bacaan politik saya ini silap kerana jika berlaku kerosakannya besar akibat pengkhianatan PAS.
............................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails