Thursday, August 21, 2014

Rakyat Malaysia Syahid Dalam Perang Di Syria.




Jenazah Abu Turob, rakyat Malaysia yang meninggal dunia dalam perjuangan bersenjata di Syria. – Gambar Facebook, 21 Ogos, 2014.  
Jenazah Abu Turob, rakyat Malaysia yang meninggal dunia dalam perjuangan bersenjata di Syria. – Gambar Facebook, 21 Ogos, 2014.  

Seorang daripada rakyat Malaysia yang pergi ke Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini, lapor blog berita Mynewshub.

Bekas ahli PAS yang turut berada di Syria, Lotfi Ariffin melalui laman fanpages Facebooknya, turut memaklumkan berita yang sama.

"Semalam, tengah hari mendapat berita dr Abu Talhah yg baru sampai dgn ambulance, bahawa ramai jemaah Malaysia yg telah tercedera, dan dia berkata berkemungkinan Abu Turob telah mendapat syahid. Hati kecil aku memaksa utk x percaya," tulis Lotfi dalam laman itu semalam.

Menurut Lotfi, semasa dalam perjalanan ke Arzeh beliau berselisih dengan satu kereta yang membawa jenazah Abu Turob.

"Aku terus melompat dari kereta dan terus menerkam jenazah. Aku sempat mencium pipi Assyahid dan mengucapkan 'kita akan jumpa di sana bang, tunggu aku di sana bang'," tulis Lotfi.

Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam. Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir, lapor blog Mynewshub.

Sebelum ini, sumber perisikan Malaysia memberitahu The Malaysian Insider, lebih 100 orang rakyat Malaysia kini berada di Syria yang berjuang menentang kerajaan Basyar di negara tersebut. PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi dimaklumkan mengenai hal ini.

Adalah menjadi satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.

Walaupun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda dan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) atau Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’. – 21 Ogos, 2014. (TMI)

3 comments:

Unknown said...

Dengan Nama Allah SWT
Maaf Rakyat yang ini tidak di itiraf oleh Kerajaan Malaysia walaupun Malaysia dikatakan Negara Islam. Dan maaf tiada perhormatan atau bergabong oleh umat islam di Malaysia seperti mangsa mangsa MH 17 siap berbagai persiapan oleh kerajaan Malaysia bagaikan wira berbanding "RAKYAT MALAYSIA YANG MATI SYAHID DALAM PERANG DI SYRIA".Yang sedih nya mayat ini akan di soal siasat dan di gelar militan oleh Kerajaan Malaysia

Anonymous said...

wei babi! ko tahu ke pengganas pukimak yang mampos tu confirm mati syahid masok SYORGA??? lu cakap macam lu sudah jadi tuhan je. lu nak cerita islam macam lu penah pegi perang lawan pengganas komunis je lah babi. lu hidup dalam malaysia pun lu tak penah cedera atau luka memeprtahankan negara malaysia. lu kalo ingat lu punya bangsa arab babi tu bagos sangat elok lu keluar sahaja dari malaysia dan pegi duduk di negara-negara arab babi ko yang ko rasa boleh kasi ko masok SYORGA!!! haji babi ko tu sekadar buat haji nak pakai 'title' haji dalam internet je! hahaha!!!

Anonymous said...

anon 8:08

kalau tk beradab jgn menulis lah syaitan

aku rasa nk lempang muka kau la, dasar manusia hina tkde adab bahasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails